Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459768
Title: Literasi pentaksiran dan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi guru-guru kimia
Authors: Khoo Sioh Gee (P69736)
Supervisor: Kamisah Osman, Profesor Madya Dr.
Keywords: Cognitive learning
Issue Date: 22-May-2015
Description: Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru merancang, menyedia dan menghasilkan kaedah pengajaran yang bermakna di samping menjadi satu peralatan yang berupaya merangsangkan pelajar untuk berfikir. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap literasi pentaksiran guru Kimia berdasarkan tujuh standard dalam Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Students serta penerapan mereka berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Kertas 2 berdasarkan empat konstruk. Seramai 174 orang guru Kimia dari tujuh daerah di negeri Selangor telah dijadikan responden kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati literasi pentaksiran keseluruhan guru Kimia adalah pada tahap yang sederhana dengan skor min yang paling tinggi bagi Standard 1 dan skor min yang paling rendah bagi Standard 5. Penerapan mereka berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Kertas 2 juga pada tahap sederhana dengan skor min yang paling tinggi bagi konstruk 2 dan skor min yang paling rendah bagi konstruk 4. Analisis ANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor min literasi pentaksiran keseluruhan, literasi Standard 4, literasi Standard 6, penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Kertas 2, konstruk 2 dan konstruk 3 berdasarkan pengalaman mengajar. Dari segi lokasi sekolah, guru yang mengajar di kawasan bandar didapati mempunyai literasi pentaksiran yang lebih tinggi dan lebih mahir dalam membina item soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Kertas 2. Analisis korelasi Pearson turut menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Kertas 2 dengan literasi pembentukan kaedah pentaksiran bagi sampel kajian ini. Berdasarkan kajian dan data yang diperoleh, adalah diharapkan pola dapatan ini dapat membantu Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyusun strategi supaya langkah penambahbaikan dapat dilakukan terhadap program praperkhidmatan dan latihan semasa perkhidmatan demi menjamin mutu profesionalisme perguruan dan kecemerlangan pendidikan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 221
Call Number: LB1590.3.K495 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.