Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459764
Title: Kebezaan kefungsian item berkaitan gender (GDIF) dalam instrumen TIPS II
Authors: Izazol Idris (P47666)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Science -- Ability testing
Examinations -- Validity -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 20-Feb-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengesan kebezaan kefungsian item berkaitan jantina (GDIF) ke atas instrumen Test for Integrated Science Process Skills II (TIPS II). Prosedur analisis DIF berdasarkan model Rasch telah digunakan dalam kajian ini. Analisis DIF ialah satu kaedah statistik untuk mengenalpasti item-item yang menunjukkan ciri statistik (kefungsian) berbeza kepada dua tau lebih kumpulan pelajar yang sama kebolehan. Data diperoleh menggunakan instrumen TIPS II yang mengandungi 36 item objektif aneka pilihan. Item-item ini mengukur lima kemahiran proses sains bersepadu. Sampel kajian terdiri daripada 570 pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah harian di sebuah daerah dalam negeri Perak. Analisis data secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 17.0 manakala analisis DIF menggunakan perisian Winsteps versi 3.49. Kajian menunjukkan GDIF wujud dalam item-item TIPS II. 19 daripada 36 item didapati lebih mudah kepada pelajar lelaki dan 17 item lagi lebih mudah kepada pelajar perempuan. Terdapat empat item yang mempunyai saiz GDIF serius, melebihi 4.0 logit, serta signifikan pada tahap p < 0.05. Kajian juga menunjukkan kemungkinan terdapat sumbangan faktor-faktor demografi dalam fenomena kewujudan GDIF dalam TIPS II. Implikasi kajian menegaskan lagi kepentingan ciri keadilan item dalam meningkatkan kualiti sesebuah instrumen. Ciri keadilan ini juga perlu diberi perhatian dalam proses pembinaan instrumen pengukuran. Kajian ini juga menunjukkan item-item yang dibina berdasarkan kaedah CTT boleh dianalisis menggunakan kaedah moden berasaskan model Rasch, sekaligus membenarkan pendapat bahawa kaedah model Rasch ini tidak bertentangan, sebaliknya menyempurnakan kaedah CTT.,Sarjana Pendidikan
Pages: 133
Call Number: LB3060.7.S533 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83029+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
911.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.