Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459761
Title: Penggunaan pembelajaran berasaskan permainan dalam kalangan murid Linus bagi operasi asas
Authors: Ad Nor Azli Ismail (P66284)
Supervisor: Jamil Ahmad, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Web-based instruction
Issue Date: 3-Sep-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan pembelajaran berasaskan permainan (PBP) secara dalam talian bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid Linus daripada aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Kajian ini juga ingin melihat prestasi kemahiran numerasi murid-murid Linus sebelum dan selepas pelaksanaan PBP bagi konstruk operasi asas. Kajian dijalankan secara kajian tindakan kolaboratif di mana pengkaji bersama seorang guru Linus yang bertindak sebagai pelaksana kajian bersama-sama dalam menjalankan pelaksanaan PBP. Peserta kajian terdiri daripada murid Linus Tahun 2 seramai 11 orang. Maklumat diperolehi melalui kaedah triangulasi yang meliputi temu bual, pemerhatian, jurnal refleksi pengkaji dan analisis dokumen. Data temu bual bersama pelaksana dan peserta kajian dianalisis dan ditranskripkan secara verbatim. Analisis pemerhatian menunjukkan terdapat peningkatan kualiti pembelajaran dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid berbanding sebelum pelaksanaan kaedah PBP. Temu bual dan pemerhatian menunjukkan persepsi guru Linus dan murid Linus adalah sangat positif terhadap pelaksanaan PBP di dalam kelas. Pengkaji melaksanakan penilaian penguasaan permainan untuk melihat tahap penguasaan permainan di awal dan di akhir pelaksanaan PBP. Semakin baik tahap penguasaan murid dalam permainan maka, semakin baik tahap penguasaan kemahiran numerasi murid. Ujian Pra dan Ujian Pasca yang melibatkan ujian bertulis dan lisan menunjukkan terdapat perbezaan prestasi murid Linus sebelum dan selepas pelaksanaan PBP. Prestasi kemahiran numerasi murid di akhir pelaksanaan didapati meningkat dan bertambah baik. Penggunaan PBP juga mampu meningkatkan minat, motivasi, tahap penglibatan, daya saing dan kesediaan murid di dalam kelas. Kaedah pembelajaran ini juga menerapkan pembelajaran secara ansur maju, didik hibur, dan pengulangan dan penggabungjalinan seperti yang di sarankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Cabaran yang wujud sewaktu pelaksanaan kaedah PBP ini ialah proses pemilihan permainan yang memakan masa, kemudahan infrastruktur yang terhad dan kawalan penggunaan peralatan komputer sepanjang proses pembelajaran perlu diberi perhatian oleh guru. Adalah diharapkan pelaksanaan PBP menjadi satu inovasi bagi perkembangan pembelajaran murid dalam usaha usaha meningkatkan kualiti pembelajaran. Guru dan murid perlu mengambil peluang daripada kemudahan teknologi pendidikan yang wujud pada hari ini bagi mendapatkan kesan kualiti pembelajaran yang lebih pantas dan mudah. Kesimpulannya, kaedah PBP adalah sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pembelajaran murid Linus bagi peningkatan kualiti pembelajaran dan pencapaian.,Sarjana Pendidikan
Pages: 131
Call Number: LB1028.75.A33 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83026+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.