Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459754
Title: Analisis kesilapan pelajar matrikulasi dalam topik persamaan linear dan kuadratik
Authors: Heng Chai Yen (P47660)
Supervisor: Nor Sakinah Mohamad
Keywords: Linear programming
Mathematics
Study and teaching
Issue Date: 17-Apr-2015
Description: Kesilapan dalam penyelesaian masalah matematik merupakan salah satu faktor yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Algebra dan Trigonometri. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar matrikulasi apabila menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan persamaan linear dan kuadratik. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan di antara pencapaian pelajar dalam ujian diagnostik dalam topik persamaan linear dan kuadratik dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Algebra dan Trigonometri. Sampel kajian terdiri daripada 64 pelajar matrikulasi di sebuah universiti swasta. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu ujian diagnostik yang mengandungi 24 item yang berkaitan dengan topik persamaan linear dan kuadratik. Analisis kesilapan dilakukan berdasarkan kepada jenis dan kategori kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Kesilapan pelajar dikategorikan berdasarkan Model Klasifikasi Empirikal Movshovitz-Hadar, Zaslavksy dan Inbar yang membahagikan jenis kesilapan kepada enam kategori iaitu data yang disalahguna, bahasa yang disalah tafsir, inferens yang tidak sah secara logik, teorem atau takrif yang disalahguna, penyelesaian yang tidak ditentusahkan dan kesilapan teknikal. Frekuensi dan peratus untuk kategori kesilapan yang dilakukan dalam langkah penyelesaian pelajar untuk setiap item ditentukan, manakala hubungan di antara pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian dianalisis dengan koefisien korelasi Pearson r. Dapatan kajian menunjukkan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan dalam kategori penyelesaian yang tidak ditentusahkan, kesilapan teknikal, bahasa yang disalah tafsir, dan teorem atau takrif yang disalahguna, serta punca utama kesilapan pelajar ialah kelemahan pelajar dalam pemahaman dan penguasaan kemahiran matematik asas. Nilai koefisen korelasi Pearson r yang diperolehi daripada skor ujian diagnostik dan skor ujian Algebra dan Trigonometri ialah 0.6727, yang menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara pencapaian pelajar dalam kedua–dua ujian ini. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan matematik mereka dan untuk mengubahsuai strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat matrikulasi.,Master/Sarjana,Errors in solving mathematics problems is one of the factors that affect students’ achievement in the Algebra dan Trigonometry subject. The purpose of this study was to analyze the errors made by matriculation students when solving problems related to linear and quadratic equations. This research also aimed to determine the relationship between students’ achievement in the diagnostic test on linear and quadratic equations and students’ achievement in the Algebra and Trigonometry subject. The sample consists of 64 matriculation students in a private university. The instrument used is a diagnostic test that contains 24 items related to linear and quadratic equations. The error analysis is done based on the types and categories of errors made by the students. The students’ errors are categorized based on the Movshovitz-Hadar, Zaslavksy and Inbar’s Empirical Classification Model which divides the types of errors into six categories which are misused data, misinterpreted language, logically invalid inference, distorted theorem or definition, unverified solution, and technical error. The frequency and percentage for the category of errors made in the students’ solutions for each item were determined, while the relationship between the students’ achievements in both tests were analyzed with the Pearson correlation coefficient r. The findings of the study showed that the errors commonly made by students were unverified solution, technical error, misinterpreted language and distorted theorem or definition, and the main cause of the students’ errors was the students’ weaknesses in their understanding and mastery of basic mathematics skills. The Pearson correlation coefficient r value obtained from the diagnostic test score and the Algebra dan Trigonometry test score is 0.6727, which shows that there is a positive relationship between students’ achievement in both tests. The results of this study can be used by teachers to help the students overcome their weaknesses in mathematics and to modify the teaching and learning strategies at the matriculation level.
Pages: 137
Call Number: QA11.2.H444 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82026+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.