Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459753
Title: Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap pencapaian pelajar dan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran biologi
Authors: Mispuah Hassan (P69910)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Madya Dr.
Keywords: biologi
Pencapaian pelajar
Project method in teaching
Issue Date: 16-Jan-2015
Description: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu inovasi dalam pendidikan masa kini. Kajian ini bertujuan melihat kesan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) terhadap pencapaian dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil biologi. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi dengan reka bentuk “non-equivalent control group design” yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan modul PBP KISK yang dibangunkan dalam kajian ini manakala kumpulan kawalan melalui proses pengajaran dan pembelajaran konvensional. Seramai 128 orang pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan, Pahang terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah ujian pencapaian, soal selidik kemahiran abad ke-21 dan protokol temu bual. Pencapaian dikelaskan kepada dua sub pencapaian iaitu soalan aras tinggi dan soalan aras rendah. Manakala kemahiran abad ke-21 dikelaskan kepada lima sub kemahiran abad ke-21 iaitu literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi dan nilai murni. Analisis dapatan telah dilakukan secara deskriptif diikuti oleh analisis inferensi menggunakan ujian-t, ujian MANOVA serta ujian MANOVA faktorial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi modul PBP KISK dengan kumpulan yang mengikuti strategi konvensional. Selain daripada itu, kajian turut mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi modul PBP KISK dengan kumpulan yang mengikuti strategi konvensional. Analisis data ujian MANOVA faktorial 2x2 menunjukkan bahawa terdapat kesan utama pemboleh ubah bebas kumpulan dan pemboleh ubah bebas waktu ujian serta kesan interaksi antara kumpulan dan waktu ujian yang signifikan terhadap sub pencapaian. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat kesan utama kumpulan dan waktu ujian serta kesan interaksi antara kumpulan dan waktu ujian yang signifikan terhadap sub kemahiran abad ke-21. Selanjutnya, dapatan temu bual juga dikumpulkan bagi menyokong dapatan kuantitatif bagi setiap pemboleh ubah dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan modul PBP KISK telah berjaya menghasilkan kesan positif terutama kepada pencapaian pelajar dan kemahiran abad ke-21 pelajar.,Master/Sarjana,Project-based learning is an innovation in our present education. This study was conducted to investigate the effectiveness of Project-based Learning on students’ achievement and 21st century skills among form four students in biology subject. This research employed quasi-experimental method with “non equivalent control group design” that involved a treatment group and a control group. The treatment group used PBP KISK module, which was developed in this study, while the control group used conventional teaching approaches. A total of 128 students of SMK Abdul Rahman Talib Kuantan, Pahang, participated in this study. The instruments used were achievement test, 21st century skills questionnaire and interview protocol. Achievement was classified into two sub-achievement, which were higher order questions and lower order questions. The 21st century skills were classified into five sub-21st century skills, which were digital age literacy, inventive thinking, effective communication, high productivity and moral values. Data was analyzed descriptively, followed by subsequent inferential analysis using t-test, MANOVA, and factorial MANOVA. The findings showed differences in the achievement between the group using PBP KISK module and the group applying conventional strategy. In addition, the findings showed significant differences in the 21st century skills between the group using PBP KISK module and the group applying conventional strategy. The analysis of 2x2 factorial MANOVA showed major effects of group and test time and interactional effect between group and test time, which are significant towards the sub achievement. The analysis of 2x2 factorial MANOVA also showed major effects of group and test time and interactional effect between group and test time, which are significant towards the sub 21st century skills. Furthermore, interviews were also done to support the quantitative findings of each variables in this study. Overall, it can be concluded that the teaching and learning process using PBP KISK module has successfully resulted in positive impact especially in enhancing students’ achievement and 21st century skills.
Pages: 307
Call Number: LB1027.43.M538 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82024+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.