Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459701
Title: | Penilaian guru terhadap kesan penggunaan kaedah tartil dalam pengajaran al-Quran di Bandar Padang Negeri Sumatera Barat |
Authors: | Engkizar (P51186 ) |
Supervisor: | Mohd Isa Bin Hamzah, Dr. |
Keywords: | Kaedah tartil Pengajaran al-Quran |
Issue Date: | 2013 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian guru terhadap kesan penggunaan kaedah tartil kepada sikap belajar murid, minat belajar murid dan pencapaian belajar murid dalam pengajaran al-Quran. Kaedah gabungan (Exploratory sequential mixed methods designs) telah digunakan sebagai metod kajian. Kajian ini dijalankan melalui dua fasa, fasa pertama menggunakan kajian kes melalui kaedah temu bual mendalam kepada 8 orang guru-guru terpilih serta telah mempunyai pengalaman mengajarkan kaedah tartil dalam pengajaran al-Quran sebagai pengumpulan data, fasa ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam daripada guru-guru tersebut. Fasa kedua menggunakan kajian tinjauan melibatkan 115 orang guru-guru yang juga mengajarkan al-Quran dengan kaedah tartil dalam pembelajaran al-Quran, fasa ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian guru-guru tersebut tentang kesan penggunaan kaedah tartil dalam pengajaran al-Quran. Data temu bual pada fasa pertama dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 8. Manakala data kajian fasa kedua dikumpul menggunakan satu set instrumen soal selidik yang dibina berdasarkan hasil dapatan temu bual fasa pertama, dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif berbantukan perisian PASW Statistic Windows versi 18. Daripada dapatan temu bual mendalam 33 tema telah dapat dikenal pasti: dua belas tema berkaitan dengan sikap belajar murid, sembilan tema berkaitan dengan minat belajar murid, dan dua belas tema berkaitan dengan pencapaian belajar murid. Dapatan kajian tinjauan pula menunjukkan secara keseluruhan nilai skor min untuk ketiga-tiga aspek yang dikaji berada pada tahap yang tinggi: sikap belajar murid (Min= 4.32), minat belajar murid (Min= 4.14) dan pencapaian belajar murid (Min= 4.10). Secara keseluruhan guru-guru bersetuju kaedah tartil dapat memberikan kesan yang baik kepada sikap belajar murid, minat belajar murid dan pencapaian belajar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang Negeri Sumatera Barat.,Master/Sarjana |
Pages: | 202 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459701 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75263+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.58 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.