Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459695
Title: | Pelaksanaan pengajaran pelajaran tulisan Arab Melayu dalam bilik darjah di Madrasah Ibtida'iyyah Kota Batam, Indonesia |
Authors: | Hamdan (P45727) |
Supervisor: | Hj. Maimun Aqsha Bin Abdin Lubis, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Tulisan Arab Melayu |
Issue Date: | 13-Mar-2014 |
Description: | Pelajaran tulisan cArab Melayu diperkenalkan sebagai mata pelajaran teras di peringkat pendidikan Madrasah Ibtida’iyyah di Kota Batam Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pelajaran tulisan cArab Melayu di peringkat pendidikan Madrasah Ibtida’iyyah. Aspek yang difokuskan dalam kajian ini merangkumi kursus/latihan guru pelajaran tulisan cArab Melayu, strategi dan teknik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelajaran tulisan cArab Melayu di dalam bilik darjah. Penyelidikan ini juga mengkaji beberapa perkara penting yang lain iaitu masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelajaran tulisan cArab Melayu, infrastruktur, sumber dan kemudahan untuk melaksanakan pelajaran tulisan cArab Melayu. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik ke atas 45 orang guru pelajaran tulisan cArab Melayu yang merangkumi 21 Madrasah Ibtida’iyyah kota Batam Indonesia. Pencerapan pengajaran berstruktur juga telah dijalankan ke atas 5 orang guru yang masing-masing dicerap sebanyak tiga kali. Penganalisisan data soal selidik dan pencerapan secara kuantitatif dijalankan dengan menggunakan program SPSS-Windows versi 17.0. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan aspek kelengkapan dan keberkesanan kursus/latihan guru yang disediakan oleh Dinas Pendidikan Kota Batam berada pada tahap sederhana (M=3.66). Strategi dan teknik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap baik (M=4.09). Pelaksanaan pengajaran pelajaran tulisan cArab Melayu di dalam bilik darjah berada pada tahap baik (M=4.15). Adapun tahap masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelajaran tulisan cArab Melayu berada pada tahap sederhana (M=2.99). Sementara itu kesediaan infrastruktur, sumber dan kemudahan juga berada pada tahap sederhana (M=3.37). Berdasarkan hasil pencerapan terhadap 5 orang guru dengan 3 kali cerap bagi setiap guru iaitu 15 kali pencerapan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana (M=3.07). Beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program pelajaran tulisan cArab Melayu telah dikemukakan iaitu guru seharusnya mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, guru memberikan penjelasan berulang kali, mempelbagaikan bentuk latihan di dalam bilik darjah, memperbanyakkan latihan menulis dan menjalankan pengajaran berbantukan komputer. Kajian ini diharapkan dapat menambah baik pelaksanaan pengajaran program pelajaran tulisan cArab Melayu di Kota Batam Indonesia.,Master/Sarjana |
Pages: | 201 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459695 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75237+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.54 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.