Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459693
Title: | Pendidikan karakter dalam kurikulum sains sekolah rendah kajian perbandingan Malaysia-Indonesia |
Authors: | Lily Damayanti (P61753) |
Supervisor: | Sharifah Nor Puteh, Dr. |
Keywords: | Pendidikan karakter |
Issue Date: | 7-Mar-2014 |
Description: | Pendidikan karakter (PK) dalam Sains merupakan usaha yang terancang ke arah memupuk nilai-nilai dalam pembelajaran sehingga pelajar berperilaku yang mencerminkan karakter yang baik. Nilai-nilai PK diintegrasikan dalam kurikulum Sains sekolah rendah Malaysia dan Indonesia, namun pelaksanaannya masih lagi pada tahap minimum. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan PK dalam kurikulum Sains di sekolah rendah Malaysia dan Indonesia. Kajian ini dilaksanakan berasaskan teori-teori karakter dan moral yang mengaplikasikan model Lickona dengan sedikit ubahsuaian mengikut keperluan persoalan kajian. Penerokaan meliputi pengetahuan, pengintegrasian, perasaan dan perwujudan nilai semasa pembelajaran Sains. Kaedah kualitatif secara kajian kes digunakan bagi pengumpulan data. Seramai dua orang guru Sains dan 12 orang murid Tahun 5 di Malaysia dan Indonesia dijadikan sebagai sampel kajian. Melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen data dikumpulkan dan ditriangulasikan bagi mendapatkan kesahan. Perisian NVivo 8.0 digunakan dalam mengorganisasikan data yang diperoleh dan huraian sukatan pelajaran Tahun 5 dijadikan sebagai acuan bagi menentukan nilai-nilai PK yang terdapat dalam Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mengenal pasti nilai jujur, kebersihan dan kesihatan, berhemah tinggi, menghargai, bersyukur, bekerjasama, tanggung jawab, berdikari dan berani sebagai pengetahuan PK dalam sains. Kajian juga mendapati bahawa guru menggunakan kaedah eksperimen, demonstrasi, perbincangan dan kaedah kuiz dalam mengintegrasikan nilai-nilai PK. Perwujudan nilai yang diperolehi berdasarkan kemahuan sendiri, kecekapan dan kebiasaan murid dan timbul dari hati nurani, empati, dan perasaan seronok. Persamaan dan perbezaan perwujudan nilai PK antara kedua-dua negara ialah kerana budaya kelas dan sekolah yang berlaku di sekolah masing-masing. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada para guru untuk memberikan komitmen yang teguh dalam pelaksanaan PK semasa pembelajaran Sains. Nilai-nilai PK yang ingin dipupuk dalam pembelajaran dan pengajaran Sains semestinya dituliskan dalam rancangan harian pengajaran secara terperinci. Melalui proses pembelajaran dan pengajaran murid tidak hanya tahu tentang nilai-nilai dalam PK malahan menjadi amalan karakter dalam kehidupan seharian.,Master/Sarjana |
Pages: | 210 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75236+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.