Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459678
Title: Kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum sekolah
Authors: Nur Asmara Diana Abdullah (P48862)
Supervisor: Mohd Taib bin Harun, Dr
Keywords: Guru
Pengurusan kokurikulum sekolah
Teachers -- Rating of
Issue Date: 11-Jul-2011
Description: Pengurusan kokurikulum di sekolah merupakan tunjang yang penting dalam sistem pengurusan sekolah. Guru sebagai pelaksana utama aktiviti kokurikulum harus memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan supaya objektif pendidikan kokurikulum dapat direalisasikan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Kompetensi guru dilihat dari aspek pengetahuan dan aspek kemahiran iaitu merancang, melaksana, memimpin dan menilai. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang guru dari 3 buah sekolah menengah kebangsaan di zon Bangsar, Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan pengumpulan data dibuat melalui soal selidik. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian dan juga untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Semua aspek yang dikaji memperolehi skor min yang tinggi kecuali aspek merancang yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara jantina, opsyen ikhtisas dan pengalaman menghadiri kursus kokurikulum terhadap kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum di mana guru lelaki didapati lebih kompeten, opsyen guru mempengaruhi kompetensi guru dan guru yang pernah menghadiri kursus kokurikulum adalah lebih berkesan. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kompetensi dari segi pengalaman mengajar guru. Hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang kompetensi guru dalam pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah di samping memberi manfaat kepada pelbagai pihak bermula dari penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksana dasar untuk merangka garis panduan bagi memperbaiki segala permasalahan yang dikenalpasti.,Master/Sarjana
Pages: 99
Call Number: LB2838.N847 2011
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459678
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74381+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
629.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.