Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459676
Title: | Pembangunan dan penilaian perisian kursus hukum tajwid |
Authors: | Noraini Abu Bakar (P 39022) |
Supervisor: | Mohd Arif bin Hj. Ismail, Dr. |
Keywords: | Pembangunan Penilaian Perisian Hukum tajwid Computer-assisted instruction |
Issue Date: | 28-May-2011 |
Description: | Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan menilai perisian kursus pendidikan bertajuk “Hukum Tajwid”. Perisian ini dibangunkan berasaskan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM dan difokuskan hasil pembelajarannya mengikut format pentaksiran dan penilaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Perisian ini dibangun menggunakan alat pengarangan Adobe Flash 8.0 bersama dengan Adobe Photoshop 7.0, Adobe Illustrator C5 dan Swish 2.0. Model reka bentuk pengajaran yang dikemukakan dalam kajian ini ialah model ADDIE (2007) yang melibatkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Pendekatan pedagogi yang digunakan dalam perisian ini adalah kaedah tutorial, latih tubi dan aktiviti permainan. Persoalan kajian yang dikemukakan adalah untuk menilai sama ada perisian kursus pendidikan ini menepati format pentaksiran dan penilaian SPM. Penilaian dijalankan ke atas 30 orang pelajar Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah di Shah Alam dan enam orang guru Pendidikan Islam dari sekolah-sekolah sekitar kawasan Shah Alam. Instrumen temu bual dan soal selidik Skala Likert lima mata telah digunakan untuk menilai perisian ini. Dapatan kajian menunjukkan perisian ini berjaya mengaplikasikan teori tingkahlaku dan kognitif serta strategi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, anjal dan aktif. Dapatan juga menunjukkan bahawa perisian ini dapat membantu pelajar memahami tajuk dengan lebih mudah apabila menggunakan unsur-unsur multimedia. Aktiviti-aktiviti yang ada dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Perisian ini sesuai dijadikan bahan pembelajaran dan digunakan sebagai tutor peribadi pelajar. Perisian ini boleh dimurnikan untuk kajian lanjutan dengan memperbanyak aktiviti interaktif dan uji minda supaya penguasaan pelajar terhadap tajuk “hukum tajwid” ini menjadi lebih mantap dan berkesan.,Master/Sarjana |
Pages: | 97 |
Call Number: | LB1028.5.N647 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459676 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74379+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.39 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.