Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459666
Title: Tahap penggunaan multimedia dalam kalangan pensyarah pendidikan Islam Institusi Pengajian Tinggi Sumatera Barat
Authors: Rinaldi (P 48855)
Supervisor: Mohd. Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Multimedia
Pensyarah
Pendidikan Islam
Institusi Pengajian Tinggi Sumatera Barat
Educational technology
Issue Date: 9-May-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, tahap pengetahuan, sikap dan masalah yang dihadapi pensyarah pendidikan Islam dalam mengaplikasikan multimedia pengajaran di institusi-institusi pengajian tinggi Sumatera Barat. Kajian ini dijalankan ke atas 250 pensyarah daripada tiga institusi pengajian tinggi. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap penggunaan multimedia masih berada pada tahap sederhana sedangkan tahap pengetahuan dan sikap berada pada tahap tinggi. Antara masalah yang dihadapi oleh pensyarah ialah jumlah peralatan yang terhad, tidak ada sokongan dari pihak institusi tempat mengajar, tidak ada kepercayaan diri untuk menggunakan multimedia pengajaran, peralatan yang banyak rosak, tidak cukup masa untuk menyiapkan bahan pengajaran dengan menggunakan multimedia, gaji yang tidak mencukupi untuk membantu menjalankan tugas dengan baik, pertambahan beban tugas mengajar, latihan yang tidak memberi kesan, tidak ada ganjaran atau insentif dari pihak institusi bagi pensyarah yang menggunakan multimedia. Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan, pengetahuan dan sikap pensyarah berdasarkan jantina, kelayakan akademik, lokasi tempat mengajar dan jumlah beban mengajar. Ujian-t juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap pensyarah yang signifikan terhadap penggunaan multimedia pengajaran berdasarkan latihan. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan multimedia dan pengetahuan multimedia berdasarkan latihan multimedia. Ujian Anova sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan, pengetahuan dan sikap pensyarah berdasarkan umur, jenis institusi dan pengalaman mengajar. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara tahap penggunaan multimedia dan tahap pengetahuan multimedia. Manakala terdapat hubungan yang sederhana antara tahap pengetahuan dan sikap. Kajian ini dapat dijadikan panduan oleh pihak yang berkaitan seperti Dinas Pendidikan di Negeri Sumatera Barat untuk mengambil tindakan dalam memajukan pendidikan di Sumatera Barat.,Master/Sarjana
Pages: 171
Call Number: LB1028.3.R538 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74366+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.