Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459659
Title: Gaya pembelajaran pelajar bagi matapelajaran autocad dan hubungannya dengan pencapaian pelajar UNIKL MFI
Authors: Rosita Ishak (P29742)
Supervisor: Mohd Arif bin Hj Ismail, Dr. Hj
Keywords: Gaya pembelajaran
Matapelajaran autocad
Pencapaian pelajar UNIKL MFI
Learning
Psychology of
Issue Date: 1-Feb-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar bagi matapelajaran AutoCAD dan hubunganya dengan pencapaian pelajar UniKL MFI (Malaysia France Institute). Kajian secara tinjauan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut program. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar daripada empat program Diploma UniKL MFI. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan lima jenis gaya pembelajaran yang telah dikaji iaitu gaya pembelajaran dorongan, gaya pembelajaran terancang, gaya pembelajaran permukaan, gaya pembelajaran mendalam dan gaya pembelajaran gigih usaha. Ujian pencapaian pelajar juga digunakan sebagai alat kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan frekuensi, peratusan dan skor min. Selain itu statistik infrensi pula menggunakan analisis korelasi Pearson, ujian-t dan Anova-satu hala untuk menguji hipotesis yang telah dibina. Hasil analisis deskriptif mendapati pelajar-pelajar mengamalkan semua jenis gaya pembelajaran terhadap mata pelajaran AutoCAD. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar mengikut program bagi semua jenis gaya pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang rendah dan signifikan antara pencapaian pelajar dengan gaya pembelajaran gigih usaha. Implikasi kajian menunjukkan para pendidik perlu menggunakan strategi pengajaran yang dapat meningkatkan keberkesanan strategi pembelajaran pelajar mereka.,Master
Pages: 98
Call Number: LB1060 .R647 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72904+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.