Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459656
Title: Pembangunan & kebolehgunaan modul latihan aplikasi komunikasi berperantara komputer:weblog
Authors: Kevin Chua Chye Kiong
Supervisor: Pn. Rosseni Din
Keywords: Pembinaan Weblog
Kebolehgunaan
Modul
Education -- Data processing.
Issue Date: 11-Apr-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul pembinaan weblog, iaitu salah satu daripada aplikasi komunikasi berperantarakan komputer (KBK) untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Modul latihan telah dibina berdasarkan kerangka model reka bentuk dan pembangunan sistem pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu kerangka model RekaBangun SPP yang terdiri daripada 6 fasa iaitu fasa kajian kesauran, fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penyenggaraan. Kesemua fasa melibatkan penilaian formatif secara berterusan diakhiri dengan penilaian sumatif setelah modul dirintiskan. Kajian ini melibatkan dua buah institusi pengajian tinggi. Institusi pertama untuk penilaian formatif melibatkan keseluruhan populasi pelajar-siswazah Pendidikan Komputer yang mengikuti kursus Pendidikan Komputer GE6653 pad a semester I sesi 2005/06 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Responden untuk penilaian formatif ini adalah seramai 11 orang termasuk seorang pensyarah kursus. Penilaian sumatif yang melibatkan institusi kedua juga melibatkan keseluruhan populasi iaitu kesemua 17 orang pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Multimedia Melaka (MMU). Hasil kajian menunjukkan bahawa KBK merupakan sesuatu yang baru kepada para pendidik khususnya di institusi yang dikaji. Oleh itu perlu ada latihan menggunakan modul KBK. Melalui soal-selidik yang ditadbir, didapati bahawa modul yang dibina menggunakan bahasa yang mudah difahami (100%, n= 17), kandungannya sesuai (94.1 %, n= 17), menepati objektif setiap sub-modul (88.2%, n= 17), menerapkan teori- teori pembelajaran andragogi (100%, n=17), minimalis (100%, n=17) dan perkembangan sosial (70.6%, n=17), strategi pembelajaran individu (100%, n=17), menarik minat (100%, n=17) dan arahan yang diberi jelas (100%, n=17). Ciri-ciri terse but perlu ada pada modul untuk memastikan bahawa modul tersebut digunakan dengan bermakna.,Sarjana Pendidikan,Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul pembinaan weblog, iaitu salah satu daripada aplikasi komunikasi berperantarakan komputer (KBK) untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Modul latihan telah dibina berdasarkan kerangka model reka bentuk dan pembangunan sistem pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu kerangka model RekaBangunSPP yang terdiri daripada 6 fasa iaitu fasa kaj ian kesauran, fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penyenggaraan. Kesemua fasa melibatkan penilaian formatif secara berterusan diakhiri dengan penilaian sumatif setelah modul dirintiskan. Kajian ini melibatkan dua buah institusi pengaj ian tinggi. Institusi pertama untuk penilaian formatif melibatkan keseluruhan populasi pelajar-siswazah Pendidikan Komputer yang mengikuti kursus Pendidikan Komputer GE6653 pad a semester I sesi 2005/06 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Responden untuk penilaian formatif ini adalah seramai 11 orang termasuk seorang pensyarah kursus. Penilaian sumatif yang melibatkan institusi kedua juga melibatkan keseluruhan populasi iaitu kesemua 17 orang pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Multimedia Melaka (MMU). Hasil kajian menunjukkan bahawa KBK merupakan sesuatu yang baru kepada para pendidik khususnya di institusi yang dikaji. Oleh itu perlu ada latihan menggunakan modul KBK. Melalui soal-selidik yang ditadbir, didapati bahawa modul yang dibina menggunakan bahasa yang mudah difahami (100%, n= 17), kandungannya sesuai (94.1 %, n= 17), menepati objektif setiap sub-modul (88.2%, n= 17), menerapkan teori- teori pembelajaran andragogi (100%, n=17), minimalis (100%, n=17) dan perkembangan sosial (70.6%, n=17), strategi pembelajaran individu (100%, n=17), menarik minat (100%, n=17) dan arahan yang diberi jelas (100%, n=17). Ciri-ciri terse but perlu ada pada modul untuk memastikan bahawa modul tersebut digunakan dengan bermakna.
Pages: 245
Call Number: LB1028.43.C498 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459656
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_13282+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.27 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.