Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459436
Title: Penilaian penghakiman talak tiga sekali lafaz di Mahkamah Syariah negeri Selangor
Authors: Mahfuzah Abdul Shukor (P78723)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Divorce (Islamic law) -- Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jun-2018
Description: Perceraian melalui lafaz talak tiga sekali lafaz merupakan perkara yang diperdebatkan di kalangan ulama. Permasalahan pertama ialah perbezaan pendapat ini turut mencorakkan keputusan-keputusan mahkamah dalam membuat pengesahan lafaz talak berkenaan. Penjelasan berkaitan pandangan-pandangan tersebut mungkin diperlukan oleh mahkamah dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, meskipun ada Arahan Amalan berkaitan pengesahan lafaz talak di luar atau tanpa kebenaran Mahkamah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), tetapi perkara ini masih tidak jelas berkenaan dengan cara yang digunakan dalam memutuskan kes pengesahan talak di luar mahkamah terutamanya yang melibatkan talak tiga sekali lafaz. Oleh kerana, ketiadaan garis panduan yang khusus atau kaedah sebagai panduan hakim di Mahkamah Syariah, maka hal ini telah menyebabkan wujud situasi di mana kes pengesahan talak tiga sekali lafaz yang dikemukakan mempunyai fakta yang sama tetapi keputusan yang diputuskan adalah berbeza. Ketiga, natijah setiap penghakiman hendaklah berkait dengan maṣlaḥah tetapi ruang maṣlaḥah terhadap pasangan yang terlibat dalam kes talak tiga sekali lafaz masih belum dapat dikenal pasti dengan jelas. Justeru itu, objektif kajian adalah untuk membincangkan perbahasan ulama berkenaan kedudukan talak tiga sekali lafaz, menganalisa penghakiman hakim syarie dalam kes tersebut dan mengenal pasti pendekatan yang terbaik demi mengutamakan maṣlaḥah pasangan yang terlibat dalam menentukan status bagi kes ini. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui analisa dokumen dan temu bual separa struktur. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif, tematik dan perbandingan. Kawasan kajian yang dipilih ialah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Mahkamah Rendah Syariah Klang. Hasil kajian mendapati hakim syarie akan membuat keputusan berdasarkan kepada teori-teori atau kaedah-kaedah klasik yang terdapat di dalam kitab-kitab Fiqh, Uṣūl al-Fiqh, al-Qawācid al-Fiqhiyyah dan sebagainya untuk membuat penghakiman. Mazhab Shāfici menjadi rujukan utama dalam menentukan hukum bagi kes ini. Namun begitu, mahkamah tidak terus mensabitkan talak tiga tetapi akan mencari hal keadaan yang munasabah yang boleh untuk tidak mensabitkan talak tersebut. Keadaan yang diambil kira oleh mahkamah untuk tidak mensabitkan jatuh talak tiga iaitu talak yang dilafazkan berulang kali kerana berkemungkinan tidak tahu kesan hukum talak tersebut dan faktor suami yang marah di luar kebiasaan tetapi tidak sampai menghilangkan akal mengikut ukuran tahap kemarahan berdasarkan kepada tanda-tanda zahir yang ditunjukkan. Namun, tidak banyak kes talak tiga sekali lafaz yang berjaya sampai ke Mahkamah di peringkat rayuan. Manakala, pendekatan terbaik yang diambil oleh mahkamah dalam mengutamakan maṣlaḥah pasangan yang terlibat adalah dengan mengambil kira faktor niat, keadaan suami, sebelum, semasa dan selepas talak dilafazkan dan pegangan mazhab suami.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 125
Call Number: BP158.D5M33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111129+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.