Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459434
Title: Pengaruh al-Riayah karya al-Muhasibi (857m) dalam Ihya' Ulum al-Din
Authors: Siti Hajar Mohamad (P70916)
Supervisor: Nozira Salleh, Dr.
Keywords: Sufism -- Criticism and interpretation
Sufism -- Doctrines -- Early works to 1800
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Aug-2018
Description: Al-Muhasibi (w243H) dan al-Ghazali (w505H) ialah dua tokoh sufi yang hidup pada zaman yang berbeza, jarak masa antara keduanya ialah sekitar dua ratus tahun. Al-Ricayah li Huquq Allah adalah merupakan magnum opus atau karya agung al-Muhasibi, manakala Ihya' cUlum al-Din pula adalah karya agung al-Ghazali. Dikatakan al-Ricayah telah memberikan kesan yang mendalam terhadap pemikiran dan sikap para sufi selepasnya termasuklah kepada al-Ghazali.Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa al-Muhasibi melalui al-Ricayah telah meletakkan batu asas terhadap penulisan al-Ghazali di dalam al-Ihya'. Justeru, kajian ini memfokuskan pengaruh al-Ricayah di dalam kitab Ihya' cUlum al-Din karya al-Ghazali. Objektif kajian adalah untuk melihat latar belakang kehidupan al-Muhasibi dan al-Ghazali dan melihat konsep tasawuf menurut al-Muhasibi dan al-Ghazali serta menganalisis pengaruh kitab al-Ricayah di dalam kitab al-Ihya' karangan al-Ghazali. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Metode yang digunakan ialah dengan cara menganalisis dokumen, iaitu kitab al-Ricayah dan Ihya' sebagai sumber primer, manakala sumber sekunder daripada artikel-artikel serta buku-buku. Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan komparatif. Kajian ini mendapati bahawa al-Muhasibi dan al-Ghazali mempunyai hubungan yang kuat dalam bidang kerohanian dan spiritual, al-Ricayah dan Ihya' yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman spiritual mereka sendiri dengan merujuk al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utama. Persamaan antara al-Muhasibi dan al-Ghazali ialah apa yang dibahaskan mereka mengenai tasawuf bukan hanya teori tetapi ia adalah hasil praktis yang diperolehi berdasarkan pengalaman spiritual mereka sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa perbincangan al-Muhasibi adalah mengenai lapan item iaitu taubat, khawf, warak, zuhud, sabar, tawakal, redha dan syukur. Manakala bagi al-Ghazali membincangkan sembilan item iaitu taubat, khawf, zuhud, sabar, tawakal, redha, raja', macrifah dan mahabbah. Hasil kajian juga mendapati terdapat lebih banyak persamaan berbanding perbezaan daripada apa yang dibincangkan oleh al-Muhasibi dan al-Ghazali bagi tema-tema yang dibincangkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 113
Call Number: BP189.S56 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111127+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.