Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459415
Title: Pemikiran pasca-Islamisme dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Authors: Wan Ahmad Fahmi Wan Muda (P78103)
Supervisor: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam) -- Malaysia
Non-governmental organizations -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Nov-2017
Description: Kajian ini berdasarkan kepada perkembangan Pasca-Islamisme yang timbul dalam gerak kerja politik Islam. Kebanyakan gerakan Islam seluruh dunia mulai berbeza tafsiran terhadap konsep negara Islam, isu pelaksanaan undang-undang Islam (hudud) dan kerjasama antara orang bukan Islam. Perkembangan trend ini melahirkan golongan Islamis yang mulai berpendirian menyokong pendekatan Pasca-Islamisme dalam arena politik Islam termasuk dalam kalangan gerakan Islam di Malaysia. Idea Pasca- Islamisme yang mencadangkan bahawa gerakan Islam perlu bersifat liberal dan insklusif dalam menghadapi isu demokrasi membuka persoalan sama ada nilai Pasca- Islamisme ini memberi kesan tertentu terhadap pembentukan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini menganalisis unsur-unsur pemikiran Pasca- Islamisme dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan metode analisis dokumen terhadap jurnal, artikel, tesis, karya sarjana yang membicarakan Pasca-Islamisme dan juga tulisan-tulisan yang berkaitan dengan ABIM. Selain itu, data turut dikumpul melalui metode temubual bersama dengan tokoh-tokoh ABIM. Manakala, analisis data menggunakan metode deskriptif. Kesahan dan kebolehpercayaan data telah ditentukan dengan mengukur ketetapan data menggunakan analisis Cohen Kappa pada soalan temubual yang telah dibina. Dapatan kajian merumuskan bahawa ABIM tidak terikut dengan konsep Pasca-Islamisme yang dipopularkan oleh Asef Bayat pada awal perkembangan ABIM. Hal ini berdasarkan kepada fakta ABIM ditubuhkan dan bergerak terlebih dahulu berbanding teori Pasca-Islamisme yang mula berkembang selepas itu. Hakikatnya, ABIM mengalami proses islah dan tajdid dari perjalanan sejarahnya yang menjadikannya sebagai sebuah gerakan Islam moden dan mempunyai beberapa ciri modenis yang kelihatannya sama dengan idea Pasca-Islamisme. Walaubagaimanapun, penglibatan ABIM secara tidak langsung dalam arena politik di Malaysia menyebabkan dari satu sisi ABIM terkesan dengan idea Pasca-Islamisme. Kesannya, ABIM diteliti cenderung terhadap parti politik tertentu terutamanya melibatkan sokongan ABIM kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah. Hasil kajian ini juga turut memberi implikasi penting terhadap pembentukan dakwah masyarakat berikutan pengaruh besar ABIM yang selama ini telah mewarnai era dakwah selama 45 tahun penubuhannya. Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan ilmu kepada perkembangan Pasca-Islamisme di Malaysia secara lebih kritis.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 184
Call Number: BP170.85.W32 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108850+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.