Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459411
Title: Dilalah ijaz dalam juz cAmma dan hubungannya dengan penciptaan manusia dan alam
Authors: Mohamad Amir Mohd Dahalan (GP01741)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Qur'an and science
Islam and science
Qur'an -- Juz' 'Amma -- Commentaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Feb-2017
Description: Perbincangan tentang hubungan sains dan al-Qur'an merupakan wacana yang sering menarik pengkaji untuk meneliti hubungan istimewa ini. Berdasarkan tulisan-tulisan ilmuan islam, tidak terdapat hubungan jelas antara al-Qur'an dan ilmu semasa yang memberi jaminan bahawa al-Qur'an itu diberi pentafsiran secara harmonis menurut tuntutan wahyu. Pentafsiran al-Qur'an pada masa kini menghadapi cabaran daripada intelektual muslim yang mesra kepada teori ilmu baru yang tidak serasi dengan tradisi keilmuan Islam. Sains di dalam al-Qur'an dikawal oleh petunjuk wahyu yang ditafsir oleh akal berpandukan pendekatan yang serasi dengan turath Islami. Kajian ini meneliti apakah hubungan dilalah ijaz (ringkas) dalam juz Amma yang berkait dengan manusia dan kejadiannya serta alam dan penciptaannya. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif analisis kandungan melalui pendekatan deduktif yang dipandu oleh premis Ijaz al-Qur'an. Kajian ini membuktikan bahawa wujud hubungan dilalah ijaz dalam juz cAmma dengan ilmu-ilmu semasa seperti ilmu biologi, ambriologi, astronomi, georafi, meteorologi, botanikal dan zoologi. Al-Qur'an telah mengungkapkan mesej ilmu secara tepat, padat dan sangat bermakna serta mengatasi teori pemikiran semasa, dan dapat dimanfaatkan dalam pelbagai disiplin berhubung dengan proses kejadian manusia, struktur tubuh manusia yang seimbang, serta alam yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia di dunia. Begitu juga ungkapan dilalah ijaz dalam membentangkan perkara-perkara berkaitan penciptaan alam seperti lapisan atmosfera, matahari dan gas panasnya, struktur gunung-ganang, gempa bumi dan pergerakan plak tektonik, bumi berbentuk sfera, khasiat buah tin dan buah zaitun serta keistimewaan penciptaan unta sebagai satu jentera yang efisyen di padang pasir. Dengan ini, tidak perlu lagi huraian bertulis terperinci, cukup dengan huraian yang ringkas dan padat dan dapat diaplikasikan dalam semua disiplin yang dilihat dari perspektif Islam. Jelas tampak hubungan serasi dilalah ijaz dalam juz cAmma dengan ilmu-ilmu semasa. Impak kajian ini ialah tercapainya penerangan tentang dilalah ijaz secara bersistematik dan akademik yang boleh dimanfaatkan dalam kajian lain yang mementingkan persoalan dilalah ijaz sebagai satu aspek mukjizat al-Qur'an.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 165
Call Number: BP134.S3M33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108846+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.