Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459398
Title: Persepsi klien dan pegawai mahkamah terhadap pengendalian kes oleh hakim syarie wanita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Authors: Siti Maszuriyati Aziz (P60427)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Juristic persons (Islamic law) -- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Judges (Islamic law) -- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Judges -- Attitudes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jan-2017
Description: Jawatan Hakim Syarie mempunyai kedudukan yang sangat mulia mengikut kaca mata agama. Ini berdasarkan ketinggian darjat daripada sudut ilmu dan juga beban tugas serta tanggungjawab sebagai orang yang memikul amanah secara langsung dalam mendaulatkan hukum demi memastikan keadilan untuk semua terlaksana. Walau bagaimana pun jawatan ini lebih sinonim dengan lelaki dan wanita kurang diterima disebabkan perbezaan pendapat dikalangan para fuqaha dan ulama dan pertikaian kelayakan serta kebolehan wanita sebagai Hakim Syarie. Namun begitu pada masa kini wanita lebih mencapai tahap kelayakan dan kebolehan akibat dari perkembangan pendidikan yang setara dengan kaum lelaki termasuklah dalam bidang Perundangan Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi klien mahkamah terhadap pengendalian kes oleh hakim syarie wanita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi klien mahkamah terhadap pengendalian kes oleh hakim syarie wanita. Manakala kajian kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam tentang persepsi dan masalah yang dihadapi oleh hakim syarie wanita. Responden kajian ini dipilih daripada kalangan klien yang pernah bicara penuh dihadapan hakim syarie wanita yang melibatkan seramai 87 orang daripada 199 orang. serta melibatkan mantan Hakim Syarie Wanita, mantan Ketua Hakim Syarie, Hakim Syarie, Ketua Pendaftar (penyelia) dan Pembantu Hakim yang bekerja bersama-sama dengan hakim syarie wanita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP KL). Analisis data dibuat melalui Statistical Package For Social Science (SPSS) dengan menggunakan kaedah deskriptif yang mana ianya menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data dan meringkaskan maklumat daripada set tersebut. Manakala analisis bagi kajian temubual dengan menggunakan kaedah transcribe verbatim kepada bentuk teks dan dikeluarkan teme-tema tertentu. Hasil kajian mendapati hakim syarie wanita mempunyai tahap personaliti yang tinggi iaitu 77.0% dan nilai min adalah 3.88, sementara persepsi klien tahap kompentensi hakim syarie wanita juga tinggi iaitu 82.8% dengan nilai min 3.96. Selain itu, 87.4% pengendalian kes oleh hakim syarie wanita ini berkesan dengan nilai min3.99 dan 81.6% klien yang pernah bicara di hadapan hakim syarie wanita berpuas hati dengan nilai min 3.94. Seterusnya, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh hakim syarie wanita adalah mendapatkan kepercayaan dari klien mahkamah sendiri dan klien Mahkamah kurang menghormati hakim syarie wanita. Secara keseluruhannya, pelantikan hakim syarie wanita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat khususnya pengurangan tunggakan kes di Mahkamah dan perkara ini dapat dibuktikan melalui tindak balas daripada klien melalui borang selidik yang diedarkan kepada mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 234
Call Number: BP158.J86S56 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107086+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.