Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459396
Title: Tafsiran al-Nursi terhadap tanda kiamat menerusi karya agungnya Risale-i Nur
Authors: Nurfida'iy Salahuddin (P72848)
Supervisor: Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tafsiran al-Nursi
Tanda-tanda kiamat
Risale-i Nur
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jul-2017
Description: Dalam Islam, polemik mengenai tanda-tanda kiamat sering kali dikaitkan dengan al-Quran dan hadis semata-mata tanpa pendekatan tafsiran saintifik. Hal ini jelas dalam kebanyakan kitab-kitab turas hanya mengupas hadis mengenai kiamat tanpa mengaitkan dengan tafsiran saintifik mahupun isu-isu semasa yang berkaitan. Antara isu-isu akhir zaman yang menjadi tanda tanya masyarakat ialah mengenai kemunculan al-Dajjal, al-Sufyani dan isu meningkatnya populasi wanita sehingga menimbulkan persepsi yang bersifat paradoksikal terutama dalam kalangan golongan feminis. Kesemua isu ini dikupas daripada hadis yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkaitan salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menganalisis tafsiran Badi'uzzaman Said al-Nursi dalam karya agungnya Risale-i Nur terhadap hadis al-Dajjal, al-Sufyani dan pertambahan populasi wanita. Di samping itu, kajian ini turut meneliti pendekatan saintifik dalam tafsiran tanda-tanda kiamat berdasarkan hadis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis dokumen. Selain itu, penulis turut menjalankan kajian lapangan seperti pemerhatian dan temu bual. Analisis mendapati hadis berkaitan al-Dajjal mempunyai hubung kait dengan nilai-nilai astronomi dalam aspek penentuan geografi bumi. Manakala kisah mengenai al-Sufyani juga membuktikan penerimaan al-Nursi terhadap hadis-hadis akan kewujudan personaliti akhir zaman itu. Hadis pertambahan populasi wanita pula dipengaruhi oleh aspek sosiologi semasa. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa taklif menuntut manusia untuk beriman dengan hari kiamat dan tanda-tandanya sekaligus seseorang mukmin itu akan dapat memahami dengan jelas hikmah di sebalik Allah SWT merahsiakan tarikh berlakunya kiamat. Oleh itu, al-Nursi telah membuktikan bahawa tiada percanggahan atau dikotomi antara ilmu sains dan agama serta masih terdapat ruang pentafsiran nas dari sudut saintifik yang belum diterokai secara praktikal bagi membuktikan kesahihan fakta-fakta yang terkandung di dalam hadis. Kajian ini juga meyakinkan kita bahawa pengetahuan terhadap sains alam semesta mampu menjelaskan isu-isu akidah yang terlalu asbtrak yang terkandung dalam nas al-Quran dan hadis tertentu.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 263
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105758+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.