Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459392
Title: Pelaksanaan undang-undang tauliah mengajar agama Islam di Selangor dan Negeri Sembilan
Authors: Nur Hazirah Zainal Abidin (P77134)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pentauliahan
Pengajaran agama Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Dec-2017
Description: Pentauliahan mengajar agama Islam adalah di bawah kawalan Majlis Agama Negeri-Negeri selaras bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Agama Islam negeri-negeri. Walaupun telah wujud peraturan khusus berkenaan pentauliahan mengajar agama Islam, tetapi masih wujud cabaran berkaitan pelaksanaannya. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep mengajar agama Islam menurut syarak; mengkaji pelaksanaan undang-undang tauliah mengajar agama di Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dan menganalisis cabaran dalam pelaksanaan peraturan undang-undang tauliah mengajar agama di Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur. Data-data dianalisis secara diskriptif dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep izin untuk menyampaikan ajaran agama Islam bukan suatu perkara yang baru. Selain itu, prosedur pelaksanaan peraturan bagi tauliah mengajar agama di negeri-negeri pula adalah berbeza-beza. Manakala, cabaran utama pelaksanaan undang-undang tauliah mengajar agama Islam di kedua-dua negeri yang dikaji ialah penguatkuasaan tauliah yang masih longgar, keperluan pemantauan yang berterusan serta keperluan pelaksanaan peraturan-peraturan yang diperuntukkan secara konsisten termasuklah tentang peraturan pengecualian tauliah. Oleh kerana itu, pihak Majlis Agama Islam negeri perlu membuat penambahbaikan dalam isu-isu yang dibangkitkan agar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dapat memberi keadilan dan dihormati semua pihak.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 138
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105755+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.