Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459374
Title: Amalan gaya keibubapaan keluarga mithali
Authors: Rosma Aisyah Abd. Malek (P78793)
Supervisor: A'dawiyah Ismail, Dr.
Keywords: Family -- Religious life -- Islam
Domestic relations (Islamic law)
Parenthood
Parenting
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Mar-2018
Description: Amalan gaya keibubapaan yang selari dengan Islam akan memberikan kebaikan dan manfaat yang besar terhadap perkembangan diri anak-anak. Namun, jika aspek ini gagal dilaksanakan, anak-anak akan hidup bermasalah dan matlamat kekeluargaan gagal dicapai. Permasalahan yang timbul daripada amalan gaya keibubapaan disebabkan keluarga dwi kerjaya, anak-anak dihantar ke pusat asuhan, kesihatan dan keselamatan anak-anak, anak-anak terdedah kepada pengaruh luar serta pembangunan sosio ekonomi negara. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji amalan gaya keibubapaan, mengkaji ciri-ciri keluarga mithali serta menganalisis peranan dan sumbangan keluarga mithali. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 63 responden peserta forum Bicara Sakinah di Dewan Orang Ramai, Taman Salak Jaya, Sg. Besi, Kuala Lumpur dan disokong oleh temu bual separa berstruktur terhadap 11 orang informan di Sg. Nibong Tebal, Pulau Pinang. Data kuantitatif dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan perisian komputer SPSS versi 23 dan penganalisisan data kualitatif dilakukan dengan pendekatan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan amalan gaya keibubapaan keluarga mithali berada pada tahap tinggi dan didapati tokoh keluarga mithali mendidik ahlinya menurut Islam. Min amalan gaya keibubapaan oleh responden menurut Islam adalah dengan mempunyai budi pekerti yang baik (min=4.66), mendidik anak-anak dengan tingkah laku yang baik (min=4.55), menyokong pembelajaran anak-anak dan memberi motivasi kepada anak-anak (min=4.55) dan memantau aktiviti anak-anak (min=4.50). Manakala, ciri-ciri keluarga mithali yang dimiliki oleh responden adalah saling menyayangi antara satu sama lain (min=4.55), menunaikan solat berjemaah (min=4.55) dan hidup berlandaskan agama (min=4.52). Sumbangan kajian ini kepada disiplin dakwah adalah pembentukan instrumen amalan gaya keibubapaan keluarga mithali menurut Islam dan sumbangan ilmu kepada badan pemegang amanah seperti LPPKN, MPWIM YADIM, badan-badan NGO Islam, institusi keluarga dalam menguruskan hal ehwal keluarga di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 284
Call Number: HQ525.I8R63 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105386+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.