Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459367
Title: Pengamalan nilai-nilai murni dan pembentukan keluarga sakinah dalam kalangan peserta Bicara Sakinah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Authors: Siti Syarah Mohd. Tawil (P78726)
Supervisor: A'dawiyah Ismail, Dr.
Keywords: Family -- Religious aspects -- Islam
Family -- Religious life
Parenting -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2018
Description: Pembentukan keluarga sakinah berdasarkan pengamalan nilai-nilai murni berupaya melahirkan individu yang mempunyai keperibadian baik dan berakhlak mulia. Antara nilai-nilai murni ialah bertangungjawab, bertakwa, amanah, jujur, berdisiplin, bertolak-ansur, hormat-menghormati, tolong-menolong, adil dan kasih sayang. Namun, hari ini, nilai-nilai murni kurang diamalkan dalam kalangan keluarga menyebabkan timbulnya pelbagai konflik kekeluargaan seperti perceraian, pertengkaran, pergaduhan dan sebagainya. Justeru itu, kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti amalan nilai-nilai murni untuk membentuk keluarga sakinah menurut Islam, mengkaji langkah-langkah pengamalan nilai-nilai murni dalam pembentukan keluarga sakinah dan menganalisis faktor-faktor halangan nilai-nilai murni dalam pembentukan keluarga sakinah masa kini. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menerusi kekerapan, peratus dan skor min dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science SPSS (versi 23). Sejumlah 171 orang responden program Bicara Sakinah dipilih secara bertujuan dalam program yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati langkah-langkah pembentukan keluarga sakinah berdasarkan amalan nilai-nilai murni bagi nilai takwa memperolehi skor min yang paling tinggi iaitu (min=4.77). Ini menunjukkan responden mementingkan nilai keagamaan dalam kehidupan berkeluarga. Manakala bagi faktor halangan bagi item saya tidak kisah jika anak-anak dan pasangan mengabaikan tanggungjawab mencatatkan skor min yang paling tinggi (min=4.57). Faktor ini boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada ahli keluarga sekiranya perkara ini diabaikan. Hasil dapatan menunjukkan responden mengamalkan nilai-nilai murni dan menghindari faktor halangan dalam pembentukan keluarga sakinah. Implikasi kajian dapat melahirkan individu lebih prihatin dalam menerapkan nilai-nilai murni sebagai langkah untuk membentuk keluarga sakinah dan mewujudkan keluarga yang sejahtera. Suasana yang damai dalam kehidupan masyarakat dapat disuburkan dan negara pula dapat dibangunkan dalam keadaan yang harmoni. Setiap individu dalam keluarga perlu berusaha dan saling membantu untuk membangun keluarga sakinah berpaksikan kepada nilai-nilai murni berdasarkan kepada al-Quran-al-Sunnah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 158
Call Number: BP188.18.F35S69 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105316+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.