Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459365
Title: Amalan spiritual kaunselor terhadap klien di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri sembilan
Authors: Hannah Ramli (P78897)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kaunseling
Spiritual
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Aug-2018
Description: Perkembangan fizikal yang pantas di Malaysia membawa kepada peningkatan isu sosial dalam kalangan masyarakat. Dengan penggunaan pelbagai pendekatan yang efektif dan menyeluruh, kaunseling spiritual adalah salah satu pendekatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi permasalahan tersebut. Sungguhpun begitu, penerapan spiritual dalam kaunseling masih belum diaplikasikan secara meluas dalam kalangan kaunselor. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang kaunselor PK MAINS, menganalisis amalan spiritual kaunselor di PK MAINS dan mengenal pasti perubahan klien dari aspek keimanan, ibadah dan akhlak selepas penerapan nilai spiritual dalam kaunseling. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian dipilih secara bertujuan (purposive sampling) melibatkan 11 orang kaunselor dan 77 orang klien yang pernah menjalani khidmat kaunseling di PK MAINS. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 21.0 Hasil kajian mendapati kesemua kaunselor PK MAINS mempunyai latar belakang pendidikan agama samaada di peringkat PMRU (N=2), pondok (N=1), SMU (N=5) dan STAM (N=3). Kajian juga mendapati amalan spiritual kaunselor PK MAINS bagi aspek keimanan adalah tinggi dengan nilai (min=3.91). Selain itu, hasil kajian menunjukkan telah berlaku perubahan kepada klien terutama dari aspek keimanan selepas menjalani sesi kaunseling dengan nilai tertinggi (min =3.71). Implikasi kajian ini dapat membantu kaunselor di Malaysia memantapkan kepakaran spiritual dalam mengendalikan sesi kaunseling secara berkesan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 160
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105084+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.