Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459359
Title: Pembayaran zakat secara langsung oleh muzakki kepada asnaf menurut perspektif Islam dan undang-undang berkaitan zakat di Malaysia
Authors: Nor Farhana Mohd Fadzil (P77170)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zakat
Asnaf
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 31-May-2018
Description: Fenomena pembayaran zakat secara langsung kepada asnaf oleh masyarakat menjadi isu apabila wujudnya fatwa daripada mufti Negeri Perak yang menyatakan tidak sah hukum pembayaran zakat secara langsung kepada asnaf. Pandangan ini juga selari dengan peruntukan yang terdapat dalam undang-undang berkaitan zakat di negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Kedah dan lain-lain yang mengkategorikannya sebagai kesalahan dan mengenakan hukuman kepada pembayar zakat yang dilakukan tanpa melalui Pihak Berkuasa Zakat. Namun, fenomena ini masih berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti hukum pembayaran zakat melalui Pemerintah menurut Islam, kedudukan pembayaran zakat secara langsung menurut enakmen dan fatwa-fatwa berkaitannya di Malaysia serta pelaksanaan pembayaran zakat secara langsung menurut hukum Islam dan perundangan zakat di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis deskriptif daripada pengumpulan data yang diperoleh dari analisa kandungan serta temubual bersama informan. Maklumat-maklumat ini digunakan untuk menganalisis hukum pembayaran zakat kepada asnaf secara langsung tanpa melalui Pihak Berkuasa Zakat Negeri-negeri dan peruntukan undang-undang berkaitannya di Malaysia. Hasil kajian mendapati hukum asal pembayaran zakat secara langsung kepada asnaf menurut pandangan Islam adalah sah seperti mana bertepatan dengan fatwa-fatwa negeri namun sebaliknya ia menjadi tidak sah jika sekiranya ia diberikan kepada asnaf yang tidak tepat dan hanya menjadi sedekah yang masih belum tertunai tanggungjawab zakat seseorang mukallaf. Di samping itu, Jawatankuasa Fatwa perlulah menyelaras fatwa berkenaan hukum tidak sah ini bagi dijadikan panduan kepada negeri-negeri. Selain itu, dari sudut undang-undang didapati bahawa Penguatkuasa atau Pihak Berkuasa Zakat perlulah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas terhadap pembayar zakat yang mengagihkan zakat secara langsung bagi mengelak dari berlakunya agihan yang tidak menepati hukum syarak. Implikasi kajian ini menuntut panduan undang-undang yang jelas oleh Pihak Berkuasa Zakat. Malah, Majlis Fatwa perlulah membincangkan semula permasalahan yang didebatkan. Di samping itu, kajian ini dapat memperjelaskan pandangan masyarakat berkenaan kekeliruan ini dengan memperjelaskan punca berlakunya perbezaan pandangan dengan mufti-mufti.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 155
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105052+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.