Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459341
Title: | Justifikasi euthanasia menurut perundangan Barat dan Islam |
Authors: | Nur Fatin Alimuddin (P73335) |
Supervisor: | Wafaa' Yusof |
Keywords: | Euthanasia Bioetika Jangka hayat Kematian Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 13-Feb-2018 |
Description: | Euthanasia merupakan salah satu signifikasi isu bioetika yang menekan dunia perubatan sejajar dengan kecanggihan teknologi perubatan, unit jagaan rapi, dan bioteknologi. Kini, kepentingan teknologi perubatan tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada keperluan bagi menghasilkan praktikal rawatan yang lebih efektif. Kewujudan ubat-ubatan, mesin dan alat pernafasan moden seakan-akan dapat menentukan jangka hayat dan kematian seseorang pesakit. Namun, euthanasia mencetus persoalan apabila ia dianggap sebagai cara mudah, sunyi dan tidak terseksa untuk melenyapkan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit kronik. Dasar belas kasihan dan hak untuk mati dijadikan dalihan kukuh bagi membenarkan tindakan ini dijalankan dalam praktikal perubatan. Isu ini turut mengundang permasalahan yang rumit dari sudut moral dan etika. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pertembungan hak yang berlaku dalam konteks menamatkan hayat pesakit kronik. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis kedudukan euthanasia daripada sudut perundangan Barat dan Islam. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa euthanasia terbahagi kepada dua aplikasi iaitu secara aktif dan pasif. Terdapat justifikasi yang berbeza menurut persepsi Barat dan Islam tentang konsep amalan menamatkan hayat seseorang dengan niat melenyapkan kesakitan dan penderitaan. Aplikasi secara aktif jelas dilarang oleh Islam kerana bercanggah dengan konsep fitrah hidup dan kematian manusia serta termasuk dalam jenayah membunuh. Manakala pasif merujuk kepada tindakan membiarkan kematian berlaku secara semulajadi melalui kaedah menangguh atau menghentikan rawatan. Implikasi kajian ini mampu memberi impak kepada bidang perundangan dan perubatan di Malaysia khususnya, sebagai salah satu cabaran sekiranya euthanasia berlaku. Kajian ini juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu fiqh semasa sebagai perbincangan isu kontemporari yang turut mempengaruhi faktor penentuan hukum untuk dijadikan rujukan dan panduan.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 176 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102162+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.