Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459326
Title: Metode ijtimak dalam kitab Tafsir Darussalam
Authors: Bibie Marliana Haji Mohd Dagong (P77130)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Islamic sociology -- Qur'anic teaching
Issue Date: 9-May-2017
Description: Al-Quran datang dengan membawa pelbagai bentuk penyelesaian kepada permasalahan umat manusia secara umum. Namun bentuk-bentuk penyelesaian tersebut perlu kepada usaha kreatif para sarjana untuk memahaminya sepertimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menginginkan negara Islam yang adil, tenteram dan berada dalam keadaan selamat, bersendikan kepada ajaran Islam menurut Ahli Sunnah wal Jama'ah. Maka para cendekiawan Brunei telah menghasilkan satu tafsir lengkap yang diberi judul Tafsir Darussalam yang mana sebelum ini belum ada kajian yang menyentuh tentang metode ijtimak secara khusus dalam tafsir tersebut. Pengkaji memilih metode ijtimak ini bagi melihat secara khusus dan menjawab permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat di Brunei seperti isu-isu rasuah, isu hutang-piutang, judi dan sebagainya yang semakin meningkat pada masa kini. Justeru itu objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji bagaimana al-Quran mendepani permasalahan ini melalui metode ijtimak yang terdapat dalam Tafsir Darussalam. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai metode utama kajian di mana kitab Tafsir Darussalam sebagai sumber kajian utama dan kitab-kitab lain sebagai rujukan sampingan. Hasil kajian ini mendapati bahawa Tafsir Darussalam merupakan sebuah kitab tafsir Melayu pertama yang dihasilkan di Brunei dan metode ijtimak banyak diaplikasikan di dalam kitab tafsir tersebut yang mana merungkai isu-isu semasa berkaitan dengan keadilan sosial dan kemasyarakatan seperti rasuah, keburukan arak, judi dan bahaya fitnah. Begitu juga berkaitan ekonomi Islam seperti larangan penggunaan riba, had wasiat dalam pembahagian harta dan had penggunaan hutang-pemiutang di samping isu perundangan Islam seperti hukum takzir, hukum qisas dan hak memilih pemimpin. Diharap kajian metode ijtimak ini mampu menjadi sumber rujukan bagi menangani penyelesaian terhadap isu-isu kemasyarakatan di mana-mana sahaja secara umum dan di Brunei secara khusus.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 198
Call Number: BP134.S6B534 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101535+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.