Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459322
Title: Aplikasi Sistem Turki Uthmani dalam kaedah hafazan al-Quran: kajian kes di Maahad Tahfiz Sulaimaniyah
Authors: Sharifah Noorhidayah Syed Aziz (P74627)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hafazan
Quran -- Memorizing
Issue Date: 10-Jun-2017
Description: Sistem Turki Uthmani merupakan satu kaedah yang berasal dari negara Turki. Daulah Turki Uthmani secara umum diakui oleh umat Islam seantero dunia sebagai Khilafah Islamiyah yang terakhir. Sejarah telah mencatatkan sebanyak puluhan ribu maahad tahfiz telah dibangunkan dalam tempoh enam tahun pemerintah Islam di Turki dan hasil penubuhan Maahad tahfiz tersebut telah melahirkan puluhan ribu hafiz dan hafizah di negara Turki. Sistem Turki Uthmani ini amat menitikberatkan soal akhlak dan teknik hafazan yang efektif dan berbeza dari kaedah hafazan yang lain, namun ia jarang diaplikasikan oleh kebanyakan institusi tahfiz di negara ini. Di Malaysia, terdapat beberapa buah Maahad tahfiz sahaja yang mengaplikasikan kaedah hafazan Sistem Turki Uthmani ini berbanding ribuan Maahad tahfiz yang dibangunkan. Antara maahad tahfiz yang mengaplikasikan Sistem Turki Uthmani ialah Maahad tahfiz Sulaimaniyah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk membincangkan sejarah perkembangan Sistem Turki Uthmani di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keunikan yang terdapat dalam Sistem Turki Uthmani. Selain itu kajian ini turut mengkaji cara pengaplikasiannya terhadap pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyah. Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan pengumpulan data maklumat melalui temu bual dan pemerhatian serta analisis dokumen. Seramai enam orang informan telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat berkenaan Sistem Turki Uthmani dan cara pengaplikasiannya. Pemilihan informan dipilih adalah secara bertujuan. Manakala, pemerhatian telah dijalankan secara berkala selama satu bulan sepanjang tempoh kajian. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati kaedah hafazan Sistem Turki Uthmani telah bertapak sejak tahun 1930an lagi. Keunikan yang ditemui dalam kajian adalah Sistem Turki Uthmani ini telah melahirkan hafiz dan hafizah di Malaysia yang telah menamatkan hafazan dalam tempoh masa 2 tahun setengah dengan menjaga kualiti hafazan yang optima berbanding dengan sistem yang diaplikasi di Maahad tahfiz lain yang menamatkan hafazan dalam tempoh 4 tahun. Sistem Turki Uthmani juga melahirkan hafiz dan hafizah yang mencintai al-Quran dan akhlak yang baik. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Sistem Turki Uthmani ini amat sesuai diaplikasikan dan menjadi sukatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi- institusi tahfiz di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 117
Call Number: BP131.6.S534 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101530+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.