Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459315
Title: Penjanaan mal am melalui perbankan Islam
Authors: Nadiah Rasid (P77166)
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Keywords: Islam -- Economic aspects
Issue Date: 16-Jun-2017
Description: Baitulmal merupakan institusi yang mengurus tadbir harta umat Islam dan menggerakkan aktiviti kebajikan bagi membangun sosio ekonomi masyarakat. Semakin tinggi pendapatan yang dijana oleh baitulmal, semakin banyak peruntukan dapat dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan ummah. Secara umumnya pengurusan harta MAIN terbahagi kepada harta zakat, harta wakaf dan harta mal am. Namun begitu, dana mal am masih belum diwujudkan dalam bank Islam sebagai produk yang khusus sebagaimana wakaf dan zakat. Terdapat sebanyak 30 jenis sumber mal am yang dikenalpasti, namun tidak kesemuanya boleh dibangunkan sebagai instrumen penjanaan produk perbankan Islam. Berlandaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), bank Islam boleh melihat produk mal am sebagai produk perbankan yang berasaskan kebajikan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti peranan mal am dalam membantu MAIN menggerakkan aktiviti kebajikan serta keupayaannya dalam industri perbankan Islam dan seterusnya membina sebuah model produk kebajikan mal am. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati harta mal am tidak disediakan di dalam industri perbankan Islam sebagai produk yang khusus. Beberapa dana mal am iaitu, Sedekah, Wasiat dan Hibah, Fidyah, Nazar dan Kafarah, Wang Tak Patuh Syariah, Hutang Lapuk, dan Luqatah boleh dibentuk sebagai produk perbankan. Akhir sekali, kajian ini juga menghasilkan cadangan model Produk Kebajikan Mal Am (PKMA) dalam bank Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 118
Call Number: BP173.75.N334 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101523+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.