Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459309
Title: Pembentukan dai saudara baru melalui Program Sijil Dakwah dan Kepimpinan (PSDK)di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS)
Authors: Nurul Afifah Musameh (P74623)
Supervisor: Anuar Puteh
Keywords: Muslim converts -- Selangor -- Malaysia
Issue Date: 10-Jul-2017
Description: Membentuk golongan saudara baru sebagai dai adalah salah satu cara untuk menyampaikan dakwah kepada golongan non-Muslim dengan berkesan. Mereka dapat mengetahui dan memahami psikologi sasaran dakwah itu kerana mereka juga berasal dari kelompok yang sama. Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) melalui Pusat Latihan Pengurusan (PLP) Dakwah menjalankan satu program jangka masa panjang kepada pelajar saudara baru iaitu Program Sijil Dakwah dan Kepimpinan (PSDK) yang bertujuan melahirkan golongan saudara baru yang boleh menjadi dai. Program latihan ini menekankan pemahaman Islam yang mendalam dan lebih daripada itu, ia melengkapkan mereka dengan metodologi dakwah supaya mereka dapat menyampaikannya kepada orang lain dengan lebih berkesan. Objektif kajian ialah mengkaji pelaksanaan program latihan saudara baru di ILDAS, mengenalpasti masalah yang wujud dalam program berkenaan serta menilai hasil dan kesan yang diperolehi oleh saudara baru setelah menjalani latihan itu. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif dalam bentuk kajian kes. Borang protokol temu bual digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program latihan saudara baru meliputi empat aspek yang diperlukan dalam pembentukan dai iaitu ilmu pengetahuan, kebajikan, jati diri dan kepimpinan. Kajian mendapati bahawa masalah utama dalam program latihan ini adalah keupayaan peserta untuk mengikuti kursus. Ini berdasarkan kepada perbezaan latar belakang akademik dan perbezaan tahap kefahaman dalam Islam. Kajian juga mendapati bahawa PSDK telah berjaya membentuk dai dalam kalangan saudara baru. Ada sesetengah daripada mereka juga telah menyambung pelajaran di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, sementara sebahagian lagi telah berkerja. Pelaksanaan PSDK akan memberikan kesan positif kepada para peserta ke arah perubahan diri yang lebih baik di dalam kehidupan, peningkatan ilmu pengetahuan dan keyakinan yang teguh terhadap agama Islam. Kajian ini juga mengetengahkan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan kepada program yang sedia ada untuk melantik bekas peserta PSDK sebagai mentor kepada program latihan dan mengajak para peserta latihan supaya menyertai sebanyak mungkin aktiviti dakwah yang dianjurkan sebagai pendedajan awal kepada mereka sebelum menjadi dai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 164
Call Number: BP170.5.N83 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
724.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.