Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459307
Title: Pendidikan Islam di Kelantan semasa penjajahan British
Authors: Mohd Fazmie Deraman (P74459)
Supervisor: Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr.
Keywords: Islamic education -- Malaysia -- Kelantan -- History
Issue Date: 20-Jun-2016
Description: Beberapa orang sarjana yang mengkaji perkembangan pendidikan Islam di Kelantan semasa penjajahan British telah memberi kenyataan yang berbeza. Sesetengah pengkaji seperti Mohd Zariat dan Rahim melaporkan bahawa pendidikan Islam di negeri Kelantan semasa penjajahan British mengalami kemerosotan. Sementara itu, Abdullah dan Nik Mastura pula melaporkan bahawa semasa penjajahan British di Kelantan, pendidikan Islam tidak mengalami kemerosotan sedikit pun, bahkan berlakunya perkembangan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menentukan situasi sebenar sistem pendidikan Islam semasa penjajahan British di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti sistem pendidikan Islam di negeri Kelantan sebelum penjajahan British. Seterusnya kajian ini adalah untuk menghuraikan dasar pendidikan British di negeri Kelantan dan menilai situasi pendidikan Islam di negeri Kelantan semasa penjajahan British. Dengan menggunakan kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan analisis kandungan, data kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Manakala analisis dilakukan menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa sistem pendidikan Islam sebelum penjajahan British membangun dengan pesat apabila banyak institusi pondok ditubuhkan di negeri Kelantan pada masa itu sehinggakan Kelantan digelar Serambi Makkah. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak British dalam pelaksanaan dasar pendidikan British di negeri Kelantan telah mewujudkan dualisme dalam pendidikan iaitu pendidikan bercorak sekular dan pendidikan bercorak keagamaan. Ini sekaligus wujud persaingan antara kedua-dua pendidikan tersebut. Walaupun wujud. pertembungan pendidikan antara pendidikan Islam dengan pendidikan sekular, namun masyarakat Kelantan hampir keseluruhanya lebih cenderung kepada sistem pendidikan Islam. Dengan itu, kajian ini mendapati sistem pendidikan Islam di Kelantan semasa penjajahan British mengalami perkembangan yang membanggakan melalui pertumbuhan pesat madrasah dan institusi pondok di Kelantan. Justeru, walaupun wujud campurtangan British dalam dasar pendidikan namun tidak sedikit pun memberi kesan kepada perkembangan pendidikan Islam di negeri Kelantan, bahkan pendidikan Islam terus berkembang dengan pesat sehingga negara mencapai kemerdekaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 171
Call Number: BP43.M4M834 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101183+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.