Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459297
Title: Persepsi masyarakat India terhadap konversi beragama dalam kalangan mualaf India: kajian kes di Telok Panglima Garang
Authors: Norshahrina Abd Rahim (P58405)
Supervisor: Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kebebasan beragama
Muslim converts -- Selangor
Issue Date: 7-Nov-2016
Description: Majoriti masyarakat India adalah beragama Hindu selain Islam dan Kristian dimana mereka merupakan 7.0% penduduk di Malaysia. Kepelbagaian ajaran dan fahaman yang timbul dalam agama Hindu menyebabkan para penganutnya mempercayai dan mengamalkan cara penyembahan tuhan dan dewa-dewi yang berbeza-beza. Oleh itu, hak kebebasan beragama memberi ruang kepada masyarakat India untuk memilih agama atau kepercayaan berdasarkan perkara 11(1) yang menjamin hak individu untuk menganut dan mengamalkan ajaran masing-masing tanpa paksaan dan perkara 12(4) membolehkan menukar agama setelah 18 tahun ke atas. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan menyorot tentang kepercayaan dan fahaman masyarakat India dalam ajaran agama Hindu selain mengkaji tahap pengetahuan amalan kebebasan beragama dalam kalangan mereka seterusnya menganalisis persepsi masyarakat India di Telok Panglima Garang terhadap pelaku konversi. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan dan kaedah tinjauan dimana data dikumpul melalui temubual tidak berstuktur dan borang soal selidik yang melibatkan 43 responden daripada masyarakat India kelas pertengahan. Manakala dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati masyarakat India di Telok Panglima Garang khususnya mengamalkan ajaran Hindu yang menggunakan ajaran agama Hindu popular selain mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap kebebasan beragama. Walaubagaimanapun, pandangan dan pengetahuan mereka terhadap faktor berlakunya konversi terhadap pelaku adalah sederhana. Majoriti responden memberikan persepsi negatif dan sikap pada tahap kurang memuaskan apabila melibatkan kelakuan konversi beragama, akan tetapi sikap menghormati kepada pelaku konversi adalah pada tahap yang baik. Justeru, pengetahuan terhadap amalan kebebasan beragama tidak menjamin masyarakat India memberi kerelaan khususnya kepada ahli keluarga dalam melakukan konversi walaupun hak ini telahpun ada dalam Perlembagaan Persekutuan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 125
Call Number: BP173.H5.N63 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
653.99 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.