Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459295
Title: Pola interaksi sosio-agama antara Muslim dan Non-Muslim: kajian di Kedah dan Selangor
Authors: Muhammad Nazmi Abd Halim (P67926)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Religious pluralism -- Selangor
Issue Date: 7-Jun-2017
Description: Fenomena sosial dalam kalangan masyarakat multi-agama dan multi-etnik di Malaysia merupakan salah satu identiti unik. Adapun interaksi sosio-agama merupakan elemen penting dalam membina perpaduan nasional. Kebanyakan pengkaji merumuskan hubungan interaksi sosio-agama dan etnik di Malaysia kini semakin meningkat namun bersifat kurang harmoni. Perkembangan semasa menunjukkan isu-isu agama di Malaysia bukan hanya dibincangkan oleh kalangan intelektual bahkan terdapat reaksi yang berlaku dalam kalangan masyarakat massa. Tujuan kajian ini dilakukan adalah mengukur tahap semasa hubungan interaksi sosio-agama antara Muslim dan non-Muslim serta tahap hubungan antara etnik. Kajian kuantitatif ini menggunakan metode soal selidik dalam kalangan 555 orang responden di negeri Kedah dan Selangor. Data dianalisis melalui aplikasi SPSS versi 20 melibatkan analisa statistik secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara analisa statistik deskriptif menunjukkan tahap pengetahuan, persepsi dan sikap responden mengenai hubungan interaksi sosio-agama adalah tinggi. Sementara, kadar interaksi sosio-agama dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Manakala, analisa statistik inferensi mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara Muslim dan non-Muslim dalam aspek pengetahuan, persepsi, sikap dan interaksi sosio-agama. Terdapat perbezaan yang ketara antara tahap persepsi, sikap dan interaksi antara Muslim dan non-Muslim yang memperlihatkan Muslim lebih rendah min pangkatan berbanding non-Muslim. Dalam konteks responden di negeri Kedah dan Selangor dan komposisi etniknya, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tiga aspek iaitu persepsi, sikap dan interaksi. Selain itu, data menunjukkan wujudnya korelasi antara pengetahuan dengan persepsi dan sikap sahaja, manakala persepsi dan sikap mempunyai korelasi terhadap elemen interaksi. Secara keseluruhannya, interaksi sosio-agama antara Muslim dan non-Muslim berada pada tahap yang sederhana. Tuntasnya, penyelidikan mengenai hubungan interaksi sosio-agama dan etnik perlu diberi penekanan yang serius. Implikasinya, ia mampu memberikan gambaran yang realistik tentang pola interaksi sosio-agama dan etnik dalam memastikan hubungan interaksi berada pada tahap yang harmoni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 269
Call Number: BP171.M83 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
734.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.