Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459267
Title: Amalan beradat masyarakat Islam Melayu-Sasak di Lombok
Authors: Hilmi Saparudin (P70913)
Supervisor: Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Keywords: Melayu-Sasak
Adat
Kepercayaan
Sasak (Indonesian people) -- Marriage customs and rites
Issue Date: 9-Feb-2017
Description: Masyarakat Melayu-Sasak merupakan masyarakat yang majoriti beragama Islam, meskipun demikian sebahagian besar dari mereka masih lagi berpegang teguh kepada kepercayaan warisan daripada nenek moyang mereka, sehingga melahirkan satu amalan beragama yang tercampur dengan amalan adat serta kepercayaan animisme dan dinamisme. Kajian ini meneroka amalan beradat masyarakat Melayu-Sasak, khasnya yang berhubung kait dengan adat perkahwinan, cara pembinaan bangunan dan kepercayaan terhadap kekuatan roh nenek moyang. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan pendekatan etnografi. Oleh itu, pengumpulan data dalam kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah penyertaan, pemerhatian dan temu bual, manakala analisis data dibuat dengan pendekatan induktif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dalam amalan perkahwinan, masyarakat Melayu-Sasak lebih memilih perkahwinan dengan cara merarik (mencuri perempuan) berbanding perkahwinan dengan cara memadik (meminang), walaupun perkahwinan dengan cara memadik (meminang) lebih bersesuaian dengan ajaran Islam. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam pembinaan bangunan masyarakat Melayu-Sasak masih lagi terpengaruh oleh kepercayaan animisme dan dinamisme yang berpunca dari pengagungan terhadap kekuatan alam dan makhluk halus secara berlebihan, sehingga melahirkan banyak amalan bidaah dan khurafat. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa mereka masih lagi berpegang teguh pada kepercayaan terhadap kekuatan makam dan roh nenek moyang, sehingga melahirkan amalan adat dan agama yang bersifat sinkretis. Kajian ini memberikan impak kepada Department Agama dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Nusa Tenggara Barat khususnya daerah Lombok Utara, sebagai rujukan untuk menilai semula amalan beradat masyarakat Melayu-Sasak agar terpelihara dari unsur-unsur bidaah dan khurafat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 120
Call Number: DS632.S38H53 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98633+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.