Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459251
Title: | Strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-Rahnu di Malaysia |
Authors: | Asiah Alkharib Shah (P81602) |
Supervisor: | Salmy Edawati Yaacob, Dr. |
Keywords: | Ar-Rahnu Mortgages (Islamic law) -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Sep-2017 |
Description: | Fenomena pertumbuhan Ar-Rahnu yang disertai oleh pelbagai institusi dari kalangan perbankan dan bukan perbankan memerlukan keselarasan dan panduan strategi pengurusan dan tadbir urus. Walau bagaimanapun, kepelbagaian tadbir urus dan strategi pengurusan yang diamalkan oleh setiap kategori menyukarkan penyelarasan dan panduan dibuat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengurusan yang diamalkan serta cabaran yang dihadapi oleh keempat-empat kategori penyedia perkhidmatan (PP) Ar-Rahnu iaitu institusi kewangan, koperasi, syarikat dan syarikat di bawah rangkaian negeri. Seterusnya, kajian ini menganalisis kekuatan dan kelemahan strategi pengurusan yang diamalkan dan akan mencadangkan mekanisme tadbir urus dan pengawalseliaan ke atas PP Ar-Rahnu di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian pelbagai kes. Manakala kaedah pengumpulan data menggunakan instrumen temu bual mendalam separa struktur melibatkan pihak pengurusan tertinggi kepada tujuh PP Ar-Rahnu yang mewakili empat kategori termasuk badan pengawal selianya serta dua agensi moderator yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan industri Ar-Rahnu. Kaedah pengumpulan data disokong kuat secara triangulasi melalui analisis dokumen dan kandungan. Empat parameter yang dinilai ke atas strategi pengurusan PP Ar-Rahnu adalah strategi meningkatkan keberkesanan operasi, strategi penawaran produk dan perkhidmatan, strategi menyediakan tenaga kerja pakar dan berintegriti serta strategi sistem kawalan dalaman. Kesemua data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati strategi pengurusan dan cabaran yang dihadapi oleh setiap PP Ar-Rahnu bergantung pada saiz dan tadbir urus Ar-Rahnu, berlaku ketidakseragaman berkaitan pelantikan panel pengawasan syariah di peringkat dalaman PP dan terdapat keperluan kepada pengukuhan strategi pengurusan di peringkat PP Ar-Rahnu. Justeru, kajian mencadangkan konsep pembentukan strategi pengurusan PP Ar-Rahnu berdasarkan sebuah tadbir urus korporat syariah yang menekankan aspek tauhidik dan pematuhan syariah serta infrastruktur mekanisme tadbir urus Ar-Rahnu dan pengawal seliaan di Malaysia. Implikasi dasar kepada kajian ini menyumbang kepada pengukuhan strategi pengurusan PP Ar-Rahnu dan mekanisme tadbir urus Ar-Rahnu di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 305 |
Call Number: | BP158.M67A84 2010 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98616+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.