Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459245
Title: | Perlaksanaan hospital mesra ibadah di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur |
Authors: | Sharifah Hamzah (P67128) |
Supervisor: | Muhammad Adib Samsuddin, Dr. |
Keywords: | Hospital Pusrawi Ibadah Pesakit Medicine -- Religious aspects -- Islam |
Issue Date: | 14-Aug-2017 |
Description: | Amalan ibadah ketika menyampaikan khidmat kepada pesakit adalah sebahagian daripada fardhu kifayah. Hubungan antara perawat dan pesakit daripada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi atau suatu yang penting dan memiliki etika-etika tersendiri dari perspektif Islam. Prasarana yang disediakan juga memainkan peranannya yang tersendiri. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mempastikan amalan ibadah perawat dan pesakit ketika berada di hospital PUSRAWI; mempastikan amalan etika keperawatan Islam yang dilaksanakan oleh perawat, dan mempastikan prasarana yang berkaitan disediakan oleh pihak hospital. Bagi mencapai tujuan ini kajian penyelidik telah menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu kajian kes. Data-data diperolehi melalui analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur. Set protokol temu bual telah melalui proses kesahan melalui semakan pakar yang telah mencapai k = 0. 875 nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.75 menunjukkan persetujuan yang kuat dan konsisten. Peserta kajian dipilih daripada kalangan jururawat pelbagai kategori dan tokoh agama yang berada di hospital. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan kakitangan hospital telah melaksanakan amalan ibadah ketika menyampaikan khidmat serta membantu pesakit untuk melaksanakan amalan ibadah mengikut kemampuannya. Amalan etika perubatan mengikut perspektif Islam juga dilaksanakan sebaiknya serta telah memenuhi piawaian. Prasarana yang disediakan oleh pihak hospital bagi membantu memenuhi konsep hospital mesra ibadah juga mencukupi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 139 |
Call Number: | BP166.72.S53 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98611+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.