Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459240
Title: Amalan transaksi jual beli emas oleh peniaga di Kuala Terengganu
Authors: Abe Sohpian Abdul Rahman (P80327)
Supervisor: Salmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Barang ribawi
Transaksi
Percanggahan
Gold -- Commerce -- Malaysia -- Terengganu -- Kuala Terengganu
Issue Date: 30-Sep-2016
Description: Emas merupakan salah satu barangan ribawi dalam Islam yang perlu dipatuhi syarat-syarat transaksinya. Malangnya kini, peniaga telah terkeliru dengan pelbagai amalan transaksi jual beli emas yang jelas bercanggah antara mereka. Hal ini berlaku kerana peniaga terlalu asyik mengejar keuntungan sehingga mengabaikan syarat transaksi jual beli emas yang sepatutnya menurut syarak. Terengganu merupakan antara negeri yang menjadi tumpuan para peniaga emas menjalankan urusniaga mereka. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan transaksi jual beli emas perhiasan dan bukan perhiasan dari sudut kaedah pembayaran, transaksi jual beli emas secara ansuran dan amalan pertukaran (trade-in) yang dijalankan di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan peniaga mengenai kedudukan emas sebagai barangan ribawi dan menentukan hubungan antara tahap pendidikan agama dengan amalan transaksi jual beli emas yang dijalankan. Kajian ini juga bertujuan membina garis panduan transaksi jual beli emas kepada peniaga. Kajian ini ialah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis melalui perisian Statistical Package for Social Science Window Version 23.0 (SPSS). Seramai 72 orang responden daripada 61 buah kedai emas telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dalam kalangan para peniaga emas di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan para peniaga mengenai kedudukan emas sebagai salah satu barangan ribawi adalah berada pada tahap tinggi iaitu nilai (min = 4.50, sp = 1.082) mengikut interpretasi skor min. Manakala dari segi amalan transaksi jual beli emas secara kaedah pembayaran transaksi emas, dapatan yang diperolehi memberikan gambaran bahawa respons para peniaga emas mengenai kaedah pembayaran adalah sederhana tinggi iaitu nilai (min = 3.19, sp = 1.215) dan skor peratusan bagi amalan tersebut adalah pada tahap sederhana (67.5%). Begitu juga pada konstruk jual beli emas secara ansuran pula, dapatan menunjukkan bahawa respons para peniaga emas mengenainya adalah sederhana rendah iaitu nilai (min = 2.46, sp = 1.311) dan skor peratusan bagi amalan tersebut adalah pada tahap sederhana (64.3%). Manakala pada konstruk yang ketiga iaitu jual beli emas secara trade-in, respons para peniaga emas mengenainya adalah sederhana tinggi iaitu nilai (min = 3.88, sp = 0.973) dan skor peratusan bagi amalan tersebut adalah tinggi (85.3%). Dapatan secara keseluruhan pada bahagian B ialah (min = 4.50, sp = 1.082) adalah tinggi dan bahagian C iaitu nilai (min = 3.18, sp = 1.167) adalah sederhana tinggi. Skor peratusan bagi keseluruhan amalan adalah berada pada tahap sederhana (72.4%). Dari sudut hubungan antara tahap pendidikan agama dengan amalan transaksi jual beli emas para peniaga, dapatan (r = .017, 0.885 > 0.05) menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara dua pembolehubah tersebut dan nilai korelasi antaranya berada pada tahap yang sangat lemah. Ini membuktikan bahawa tahap pendidikan agama yang tinggi atau rendah tidak memberi kesan kepada amalan jual beli emas para peniaga. Secara keseluruhannya, implikasi pada kajian ini menunjukkan amalan transaksi jual beli emas yang dijalankan masih berada pada tahap sederhana walaupun tahap pengetahuan para peniaga tinggi. Selain itu, ia memberi kesan kepada amalan peniaga dan industri emas tetap kekal berada pada tahap yang sama dan tiada nilai tambah dalam memartabatkan perindustrian emas di Malaysia. Ini kerana ilmu dan pengetahuan tidak dapat diterjemahkan dengan sebaiknya pada amalan transaksi jual beli emas.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 156
Call Number: HD9536.M43T724 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98251+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.