Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459230
Title: Kriteria prasarana hotel patuh syariah menurut Maqasid al-Shariah
Authors: Nur Hafizah Othman (P77148)
Supervisor: Mohammad Zaini Yahaya, Dr.
Keywords: Hotel patuh syariah
Pelancong Muslim
Syarak
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Aug-2017
Description: Hotel patuh syariah merupakan salah satu produk baharu dalam industri pelancongan. Produk ini menjadi konsep baharu bagi menjamin kepentingan pengunjung muslim. Peningkatan jumlah pelancong muslim menjadi sebab kepada pembentukan hotel patuh syariah. Namun begitu, hanya standard MS2610: Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim yang diperkenalkan manakala standard hotel patuh syariah masih tiada. Kriteria yang disenaraikan dalam standard MS2610 adalah asas dan terdapat beberapa hotel yang mendakwa bahawa ia sebagai hotel patuh syariah tanpa memahami terma syariah. Adakah kriteria standard tersebut selari dengan keutamaan prinsip syarak serta kepentingan pengunjung Muslim. Kajian ini memfokuskan kriteria p r a s a r a n a hotel patuh syariah menurut Maqasid al-Sharicah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep prasarana hotel patuh syariah yang telah disenaraikan menerusi kajian terdahulu dan kriteria yang telah diamalkan oleh premis hotel. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kriteria prasarana hotel patuh syariah berdasarkan turutan keutamaan iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dan agar tercapai matlamat syarak yang mengutamakan penjagaan agama, diri, nyawa, akal, harta, dan keturunan. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kriteria yang terkandung dalam standard MS 2610:2015 serta mengaitknnya dengan Maqasid al- Sharicah sebagai parameter. Kajian ini merupakan kajian analisis dokumen yang menggunakan Maqasid al-Sharicah sebagai parameter penentu. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati, kriteria di dalam standard MS2610 berbeza dengan konsep kriteria prasarana hotel patuh syariah yang merangkumi bilik, makanan dan minuman, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di hotel serta perkhidmatan dan kakitangan hotel yang berasaskan prinsip syarak manakala kriteria di dalam standard MS2610 menyentuh beberapa perkara asas dalam hotel. Pengukuran kriteria berdasarkan Maqasid al-Shari'ah adalah perlu kerana ia amat penting untuk meneliti sesuatu kriteria bagi hotel tersebut untuk dilaksanakan bagi hotel mengikut keutamaan keperluan muslim seperti daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyat seterusnya tercapai objektif dalam penjagaan agama, diri, harta, akal dan keturunan. Penekanan terhadap konsep Maqasid al-Shari'ah dalam hotel patuh syariah juga adalah sejajar dengan kepentingan indeks syariah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini sebagai jaminan kepentingan pelancong khususnya pengunjung Muslim dari dalam dan luar negara. Seterusnya, membentuk standard bertulis supaya menjadi rujukan bagi pengusaha hotel di Malaysia juga negara-negara lain dalam membentuk standard yang sama.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 105
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98198+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.