Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459220
Title: | Perkembangan kajian al-takrar dan pengaruh terhadap pemikiran al-Karmānī |
Authors: | Siti Nabilah Misnan (P67149) |
Supervisor: | Zulkarnain Mohamed, Dr. |
Keywords: | Pengulangan Al-Quran Qur'an -- Language style |
Issue Date: | 27-Jul-2017 |
Description: | Al-Takrār Al-Qur’ānī atau pengulangan dalam Al-Quran mendatangkan satu persoalan besar kerana secara langsung, ia berkait dengan kebenaran dan hakikat Al-Quran sebagai wahyu dan sumber utama perlembagaan Islam. Oleh itu, persoalan altakrār Al-Qur’ānī seperti yang dibahaskan oleh al-Karmānī dalam al-Burhān perlu dengan penuh kesedaran diletakkan dalam manhaj, kerangka atau pendekatan kajian yang sesuai, terutama acuan wahyu, seperti yang ditekankan dalam kajian ini supaya gambaran sebenar tentang hakikat altakrār Al-Qur’ānī disahkan. Dalam memenuhi tuntutan kerangka wahyu, kajian ini bertujuan untuk mendalami latar belakang perkembangan ilmu al-takrā sehingga era al-Karmānī sebagai satu gerakan keilmuan yang bersistematik dan berautoriti. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada pemikiran al-Karmānī dan pengaruhnya terhadap persoalan al-takrā. Semestinya, riwayat hidup al-Karmānī yang mengisi era tersebut perlu disentuh untuk memastikan autoriti keilmuan beliau khususnya tentang persoalan altakrār Al-Qur’ānī. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan, kajian pensejarahan dan balaghah. Sementara pengumpulan data dilakukan melalui pendekatan analisis deduktif dan deskriptif. Sebagai kesimpulan, kajian mendapati bahawa alKarmānī masih menggunakan manhaj tradisional dalam membahaskan altakrār Al-Qur’ānī dan ianya selari dengan persoalan yang disentuh. Oleh yang demikian, kajian ini menyerlahkan keunggulan dan kewibawaan al-takrar sebagai disiplin ilmu yang tinggi dalam bidang bahasa Arab, khususnya dalam mengkaji persoalan yang melibatkan balaghah dalam Al-Quran.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 116 |
Call Number: | BP130.1.S58 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 74.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.