Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459210
Title: | Spiritualiti Islam dan falsafah perennial dalam perspektif Seyyed Hossein Nasr |
Authors: | Abdul Adhim (P38850) |
Keywords: | Islam and philosophy |
Issue Date: | 6-Jun-2011 |
Description: | Penyelidikan ini merupakan suatu usaha untuk mengkaji pemikiran Seyyed Hossein Nasr, terutamanya yang terhubungkait dengan konsep beliau mengenai spiritualiti Islam dan Falsafah Perennial. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti makna, sejarah dan konsep Falsafah Perennial dalam pemikiran Nasr, mengkaji konsep spiritualiti Islam dan hubungannya dengan Falsafah Perennial dalam pemikirannya, mengkaji sumbangan pemikirannya dalam dunia Islam dan dunia moden serta menganalisis pemikiran dan mendedahkan kritikan-kritikan terhadap konsep beliau mengenai spiritualiti Islam yang dihubungkaitkan dengan Falsafah Perennial. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang diasaskan ke atas karya-karya Nasr dan karya-karya para pengkaji mengenai beliau. Data-data tersebut kemudian dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis perbandingan untuk dapat memberikan penjelasan dan penilaian terhadap tulisan-tulisan beliau serta dapat mendedahkan pengaruh beliau dan kritikan-kritikan terhadap konsepnya. Hasil kajian ini mendapati bahawa Nasr mempunyai komitmen yang kuat dalam mempertahankan dan mengembangkan tasawuf. Ketika raqmai pemikir mengatakan bahawa kemunduran Islam disebabkan oleh ajaran-ajaran dalam tasawuf, maka Nasr begitu semangat tampil membela tasawuf dan mengatakan bahawa kemuduran Islam malahan disebabkan oleh penolakan manusia terhadap ajaran-ajaran tasawuf. Konsep tasawuf dalam pemikiran Nasr juga dihubungkaitkan dengan situasi dan isu-isu semasa sehingga Nasr akhirnya menjadi pengkritik yang paling tajam terhadap Barat dan segala yang terhubungkait dengan modenisme. Kajian ini juga mendapati bahawa konsep spiritualiti Islam dalam pemikiran Nasr juga dihubungkaitkan dengan Falsafah Perennial. Oleh itu, konsep spiritualiti Islam dalam pemikiran Nasr juga menyetujui fahaman pluralisme. Sebagai ekoran permasalahan ini, meskipun Nasr memposisikan dirinya sebagai pemikir Neo-Tradisionalisme, sebahagian pengkaji masih memasukkannya dalam kelompok pemikir liberal. Pada masa yang sama, Nasr dengan tegas menolak idea Islam Liberal kerana bersumber dari modenisma dan merupakan pendekatan yang dangkal dan kabur terhadap Islam. Pembaharuan menurut Nasr mesti berasal dari dalam Islam sendiri dan oleh itu Nasr mengasaskan pembaharuannya ke atas metafizik Islam. This research is an attempt to scrutinize Seyyed Hossein Nasr's thought, especially regarding to his concept on Islamic spirituality and Perennial Philosophy. The objective of this study is to recognize the meaning, history and concept of Perennial Philosophy in Nasr's thought. It also aims at studying the concept of Islamic spirituality and its connection to Perennial Philosophy in his thought, studying the contributions of his thought on the Muslim world in particular and the modern world in general, as well as to analyze his thoughts and expose criticisms on his concept regarding Islamic spirituality which has been connected to Perennial Philosophy. This study employs library research on Nasr's writings including literature written on him. Data were then analyzed using content analysis method and comparative analysis method in order to provide explanation and evaluation toward his writings and also to expose criticisms of his concept. The result of the study shows that Nasr posses a very strong commitment in defending and spreading the teaching of Sufism. While many scholars claim that Sufism is the cause of Muslim backwardness, Nasr enthusiastically defends it and claims instead the rejection of it is the cause of the backward. Nasr's concept of Sufism is also related to contemporary situation and issues, so that Nasr was the most ardent critic of the West and everything related to modernism. This study also found that the concept of Islamic spirituality in Nasr's thought is related to Perennial Philosophy. Therefore, Islamic spirituality in Nasr's thought agrees with pluralist ideology. Hence, although Nasr place himself as a Neo-Traditionalist thinker, some scholars include him among liberal thinkers. Nasr at the same time firmly rejects the idea of Islamic liberalism because of its origination from modernism and also because it is a shallow and absurd approach toward Islam. Reformation according to Nasr must originate within Islam itself and therefore he established his reformation in Islamic metaphysics.,Master / Sarjana |
Pages: | 258 |
Call Number: | BP163.A225 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85076+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.