Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459200
Title: | Metode penulisan tafsiran ayat-ayat hukum surah AL-Baqarah dalam tafsir Al-Azhar |
Authors: | Abdul Hanis bin Embong (P58397) |
Supervisor: | Muhammad Adib Samsudin, Dr. |
Keywords: | Qur'an. Surat al-Baqarah - Criticism, interpretation, etc. |
Issue Date: | 2-Feb-2014 |
Description: | Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan HAMKA merupakan seorang cendekiawan Islam yang bergiat aktif dalam pelbagai disiplin dakwah keIslaman khususnya dalam bidang penulisan. Keluasan ilmu agama HAMKA juga terserlah dalam bidang fikah, beliau pernah dilantik menjadi ketua yang pertama Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan banyak mengeluarkan fatwa ketika menjawat jawatan tersebut. Karya berkaitan dengan fikah juga telah banyak dihasilkan oleh beliau antaranya Usul Fiqh, Agama dan Wanita, Islam dan Demokrasi, Pelajaran Fiqh Islam serta Pengajian Islam Akidah, Syariah dan Ibadat. Di antara kesemua karya penulisan HAMKA, Tafsir al-Azhar merupakan salah sebuah karya beliau yang terulung dan tersebar luas di Alam Melayu serta mendapat perhatian banyak pihak khususnya dari sudut huraian-huraiannya dalam sesuatu ayat. Huraian beliau merangkumi pelbagai bidang iaitu hadis, tasawuf, sains teknologi, falsafah, sejarah, teologi dan fikah. Namun begitu, sehingga kini kajian keintelektualan beliau dalam bidang tafsir dan huraian tafsiran terhadap ayat-ayat hukum yang berkait rapat dengan ilmu fikah secara khusus masih belum mendapat perhatian para penyelidik. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menerokai latar belakang keintelektualan HAMKA sebagai ahli tafsir serta memperkenalkan kaedah-kaedah tafsir. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis metode penulisan tafsiran ayat-ayat hukum surah al-Baqarah dalam Tafsir al-Azhar. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan. Dalam menganalisis pelbagai data yang dikumpulkan, metode analisis deskriptif digunakan. Dokumen yang dirujuk dalam kajian ini ialah Tafsir al-Azhar sendiri, Pengenalan Tokoh dan Kitab Tafsir Melayu Nusantara, Pemikiran dan Perjuangan HAMKA, Konsep Ijtihad HAMKA, Penterjemahan dan Pentafsiran al-Quran di Indonesia dan Metodologi Penafsiran al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode penulisan tafsiran ayat-ayat hukum yang digunakan oleh HAMKA ialah menggunakan penghujahan yang pelbagai daripada nas-nas al-Quran, hadis dan ijmak, menukil kembali permasalahan fikah yang terdahulu, tidak cenderung kepada mazhab tertentu, membuat perbandingan antara agama, menitikberatkan istilah tertentu, menyoroti sejarah dunia Islam yang berkaitan dengan ayat hukum, meneliti tuduhan palsu musuh Islam, menggunakan pendekatan yang mendidik serta merujuk kepada ilmu-ilmu moden dan pengetahuan am. Kesemua metode ini menunjukkan bahawa HAMKA sebenarnya bukan mengupas isu fikah semata-mata tetapi menangani permasalahan semasa yang berlaku. Ini menunjukkan HAMKA adalah seorang ahli tafsir yang hebat sebaris dengan tokoh-tokoh tafsir yang terkemuka di Nusantara. Kajian ini menyumbang kepada pertambahan khazanah pengkajian ketokohan ulama Melayu Nusantara dalam bidang fikah dan tafsir.,Master / Sarjana |
Pages: | 159 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85057+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.