Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459188
Title: | Hermeneutika Arkoun dan tafsir al-Maraghi |
Authors: | Noorhuda Abdul Karim (P46972) |
Supervisor: | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. |
Keywords: | Qur'an Hermeneutics |
Issue Date: | 6-Mar-2013 |
Description: | Kajian ini membincangkan secara kritis mengenai Hermeneutika Arkoun dan Tafsir oleh al-Maraghi khususnya berkaitan dengan konsep dan metodologi yang digunakan. Dalam Hermeneutika Arkoun, beliau mengklasifikasikan al-Qur'an sebagai teks sejarah yang boleh berubah pemahaman dan pentafsirannya berdasarkan perkembangan semasa, manakala Tafsir oleh al-Maraghi lebih menekankan nilai autentik teks al-Qur'an. Kajian ini bertujuan memahami konsep dan metodologi Hermeneutika dan Tafsir, serta menganalisis metodologi pentafsiran al-Qur'an oleh Arkoun dan al-Maraghi. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan metode kepustakaan iaitu melalui pengumpulan data dan penganalisaan dokumen. Hasil perbandingan pemikiran kedua-dua tokoh, menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang jelas. Persamaan kedua-dua tokoh ini dapat dilihat menerusi skop perbincangan mereka yang berusaha mengubah dan membuka pemikiran masyarakat Islam supaya lebih kritis terhadap pentafsiran al-Qur'an. Selain itu, kedua-dua tokoh ini juga berhadapan dengan peperangan membebaskan negara daripada jajahan luar dan situasi ini membawa pengaruh yang kuat dalam pemikiran Arkoun dan al-Maraghi. Dari sudut perbezaannya, pemahaman Arkoun yang mengatakan al-Qur'an sebagai teks sejarah membawa implikasi negatif kepada nilai mutlak teks, keasliannya dan membawa kepada relativisme manakala pemikiran al-Maraghi pula lebih bersikap berhati-hati dalam menggunakan sumber bagi menjaga kesucian teks al-Qur'an. Pendekatan al-Maraghi membawa implikasi yang positif kepada teks dengan membuktikan Tafsir al-Qur'an tidak lagi berdasarkan pemikiran tradisional. Signifikasi kajian ini dapat membantu dalam menilai semula Tafsir secara kritis bagi mencari jalan untuk menghubungkan teks yang bersifat mutlak dengan konteks supaya selari dengan realiti semasa. Kajian ini juga memberikan panduan kepada masyarakat moden dalam memahami dan beramal dengan teks secara dinamis. Selain itu, kajian ini berharap dapat memberikan penilaian secara kritikal terhadap Hermeneutika untuk memahami pentafsiran al-Qur'an dalam lingkungan perbahasan era pasca-modernisme.,Master / Sarjana |
Pages: | 181 |
Call Number: | BP130.2.N66 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84999+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.