Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459184
Title: Manifestasi pemikiran islah dalam Hikayat Faridah Hanom karya Syed Shaykh al-Hadi
Authors: Hastina Dahlan (P68769)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Pemikiran islah
Hikayat Faridah Hanom
Manifestasi
Syed Shaykh al-Hadi
Reformasi pemikiran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jul-2016
Description: “Manifestasi pemikiran islah” yang menjadi persoalan penting kajian ini berkait rapat dengan gambaran islah atau reformasi pemikiran tentang pandangan dan urusan hidup masyarakat Islam yang cuba diterapkan dalam karya novel Hikayat Faridah Hanom (HFH) karya Syed Shaykh al-Hadi. Sejajar dengan ini, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji riwayat hidup dan pendidikan Syed Shaykh al-Hadi yang antara ilmuwan Melayu awal abad ke-20 turut memperkenalkan idea islah atau reformasi pemikiran di Alam Melayu. Seterusnya, ciri-ciri pemikiran islah di dalam sejarah turut dikaji bagi menilai konsep islah dalam HFH. Sehubungan ini, gambaran pengaruh islah di dalam novel dikaji dengan mengenal pasti unsur-unsur intrinsik yang mendukung gagasan idea tersebut. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kajian kepustakaan, melalui metode deduktif dan analisis bagi mendapatkan gambaran latar belakang tokoh dalam usaha mencari titik pertemuan pemikiran islah antara Shaykh Muhammad cAbduh dan Syed Shaykh al-Hadi dalam menganalisis teks sastera HFH. Dapatan kajian menunjukkan HFH sarat dengan idea atau pemikiran islah yang diterima oleh al-Hadi daripada Shaykh Muhammad cAbduh ketika berada di rantau Arab. Idea islah disampaikan dengan persembahan yang lancar dan watak yang segar, di samping latar sosial yang digambarkan sebagai bersedia dan perlu menerima idea islah. Implikasinya, karya kreatif novel HFH menjadi medium penting dalam menyampaikan mesej idea oleh tokoh Melayu era awal abad ke-20 seperti Syed Shaykh al-Hadi. Oleh itu, karya kreatif juga menjadi medium penting dalam memberi maklumat tentang gerakan keilmuan sarjana dan sasterawan Melayu pada era tersebut,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 100
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
757.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.