Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459182
Title: Kualiti hadith dalam kitab al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat al-Qulub
Authors: Mahfuz Suhaimi (P60385)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kualiti hadith
Al-Jawhar Al-Mawhub wa Munabbihat Al-Qulub
Maqbul
Mardud
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Nov-2015
Description: Kitab Al-Jawhar Al-Mawhub wa Munabbihat Al-Qulub merupakan sebuah karya yang dinukilkan daripada kitab Lubab al-Hadīth karangan al-Suyutī. Karangan Shaykh Ali bin Abdul Rahman al-Kelantani yang telah dijadikan kitab rujukan di institusi pengajian sekitar negeri Kelantan ini memuatkan hadith-hadith tentang Targhīb dan Tarhīb di dalamnya. Namun, status dan sumber rujukan kesemua hadith tersebut tidak dinyatakan oleh pengarang. Justeru, analisis Takhrīj dilakukan untuk mengenal pasti sumber sesebuah hadith daripada Masadir Asliyyah serta menjelaskan status dan kualiti hadith-hadith tersebut samada Maqbul atau Mardud. Reka bentuk kajian adalah kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan pendekatan tematik. Kitab Al-Jawhar Al-Mawhub wa Munabbihat Al-Qulub merupakan data primer utama di samping menggunakan kitab-kitab Takhrīj dan kitab hadith yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa, daripada bab yang ke-26 sehingga bab yang ke-30, terdapat sejumlah 10 buah hadith berkategori Maqbul dan 27 buah hadith adalah Mardud. Bagi kategori Maqbul dan Mardud kajian telah memperincikan kepada jumlah dan peratusan bagi status hadith seperti berikut; 8 buah hadith bertaraf Sahīh (22%), 2 buah hadith bersatatus Hasan (5%), 8 buah daripadanya adalah Dacīf (22%), 3 buah hadith bersatatus Munkar (8%), 6 buah hadith berstatus Mawduc (16%), sebuah hadith berstatus La Asla Lah (3%), 6 buah hadith yang tidak dapat dinilai (16%) dan 3 buah hadith yang tidak dapat dikesan sumbernya (8%). Hasilnya ialah sepuluh buah hadith Maqbul (27%) yang boleh dijadikan sebagai hujah manakala dua puluh tujuh buah hadith Mardud (73%) tidak boleh dijadikan hujah di dalam perbincangan hukum-hakam kecuali hadith Dacīf yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama. Implikasi kajian memperlihatkan bahawa hadith-hadith Mardud tidak boleh dijadikan hujjah dalam segala perbincangan tentang permasalahan Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 166
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84907+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
730.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.