Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459179
Title: Konsep dimensi kerohanian penjagaan paliatif dalam dakwah Nūrsī-īd alcZamān sa-al cBadī
Authors: Muhammad Rif'aat Razman (P60405)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dimensi kerohanian
Nūrsī-īd alcZamān sa-al cBadī
Dakwah pesakit
Penjagaan paliatif
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Jun-2016
Description: Skop dimensi kerohanian penjagaan paliatif meliputi pencarian makna, tujuan hidup dan sumber harapan kepada pesakit di akhir hayat yang turut membabitkan soal keagamaan, kepercayaan dan keimanan. Pengamal perubatan mengakui bahawa kesejahteraan rohani pesakit menjadi perkara penting dalam penjagaan paliatif, namun masih terdapat kesukaran dalam mengendalikan dimensi kerohanian atas faktor perbezaan pandangan dalam memahami konsep dimensi kerohanian, kekurangan panduan dan rujukan serta kebergantungan kepada ahli agama untuk menguruskan keperluan rohani pesakit. Kajian ini memilih dakwah Badīc al-Zamān Sacīd al-Nūrsī berdasarkan dakwah inqādh al-īmān yang diperjuangkannya. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep penjagaan paliatif dan dakwah kepada pesakit menurut perspektif Islam, mengkaji ketokohan dakwah al-Nūrsī dan menganalisis konsep dimensi kerohanian penjagaan paliatif dalam dakwah al-al-Nūrsī. Reka bentuk kajian ini ialah kajian analisis kandungan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan analisis induktif, dedukif, tematik dan naratif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep dimensi kerohanian penjagaan paliatif dalam dakwah inqādh al-īmān yang dibawa oleh al-Nūrsī merupakan strategi untuk mendapatkan kematian yang baik. Dalam konteks penjagaan paliatif, dakwah al-Nūrsī melalui karya Rasā’il al-Nūr memberi fokus kepada pesakit dan warga tua. Mauduk dakwah inqādh al-īmān merangkumi proses mengukuhkan iman ke tahap tahqīqī, seruan melaksanakan perintah syarak dari sudut ibadat dan pergaulan serta memberi penghayatan makna al-īhsān melalui konsep pandangan al-macnā al-ḥarfī dan melakukan tazkiyyat al-nafs melalui kaedah arbac khuṭuwwāt. Penyampaian dakwah al-Nūrsī mengambil uslub al-ḥikmah dan al-mawciẓah al-ḥasanah. Pendekatan dakwah al-Nūrsī melalui karya Rasā’il al-Nūr ini memberi implikasi kepada kefahaman konsep dimensi kerohanian bidang penjagaan paliatif, pengkayaan pengkalan data dan pemerkasaan peranan dakwah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 225
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84896+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
913.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.