Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459173
Title: Integrasi pendidikan al-Hādī dan al-Farū suatu analisa perbandingan
Authors: Mohd Azrani Asran (GP00994)
Supervisor: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Keywords: Integrasi pendidikan
Al-Hādī
Al-Farū
Pendidikan Islam
Pedagogi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Jan-2016
Description: Kajian ini membincangkan tentang integrasi pendidikan. Terdapat dua jenis integrasi pendidikan iaitu integrasi dalam sistem pendidikan dan integrasi ilmu dalam pendidikan. Justeru kajian ini akan membuat perbandingan antara integrasi dalam sistem pendidikan yang diwakili oleh -Hādī dan juga integrasi ilmu dalam pendidikan yang diwakili oleh al-Farūqī. Walaupun berbeza dari segi zaman iaitu -Hādī adalah dari zaman kolonialisme dan al-Farūqī dari zaman pasca-kolonalisme, kedua-dua mereka adalah pengasas kepada idea integrasi pendidikan masing-masing. Disamping itu mereka juga pelopor dalam penubuhan institusi pendidikan berdasarkan kepada idea integrasi yang diperjuangkan.Dalam konteks pendidikan di Malaysia, idea integrasi kedua-dua tokoh ini telah memberi kesan yang sangat besar. Namun begitu hasrat utama dalam integrasi pendidikan dalam melahirkan umat Islam yang seimbang seperti yang dicapai dalam zaman kegemilangan Islam dahulu masih lagi jauh dari kenyataan. Maka kajian ini berusahameneliti konsep integrasi pendidikan -Hādī dan al-Farūqī melalui empat aspek iaitu kelemahan pendidikan Islam tradisional, penerimaan pendidikan Barat, integrasi pendidikan dan juga penubuhan institusi pendidikan. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metode kajian kepustakaan. Data dianalisis melalui kaedah analisis dokumen yang diperoleh dari tulisan kedua-dua tokoh ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa integrasi pendidikan al-Farūqī bukan sahaja menambahbaik idea integrasi -Hādī malah membetulkan salah faham idea integrasi -Hādī terutama tentang penerimaan ilmu Barat. Namun begitu kedua-dua mereka bersetuju bahawa sejak dari zaman penjajahan sehingga ke hari ini, masih lagi terdapat kelemahan dan kekurangan dalam sistem pendidikan Islam tradisional terutama dari sudut pedagogi dan juga masalah sumber manusia. Justeru, kajian ini mencadangkan agaraspek integrasi pedagogi dalam pendidikan Islam perlu dibangunkan sebagai jalan ke arah melahirkan individu Muslim yang mampu menyatukan keperluan kemodenan dan keagamaan dengan harmoni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84890+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
237.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.