Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459164
Title: Identiti muslim : pandangan Tariq Ramadan dalam pembentukan masyarakat Islam Eropah
Authors: Nor Faridah Mat Nong (P57727)
Supervisor: Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muslims-Europe-21st century
Issue Date: 15-May-2013
Description: Ideologi Islam dan entiti budaya Eropah adalah dua perkara berbeza yang boleh melahirkan gabungan identiti tersendiri. Namun, cabaran semasa yang dihadapi Muslim Eropah adalah impak negatif yang wujud daripada pertembungan identiti agama dan pembangunan sekular memerlukan kepada pengukuhan nilai Islamik yang boleh membentuk identiti Muslim yang lebih baik. Justeru, kajian ini bertujuan membincangkan kaedah Tariq Ramadan merealisasikan pembentukan identiti generasi Muslim Eropah masa kini yang lebih praktikal dan seimbang. Empat aspek pelaksanaan yang dikaji ialah konsep European Muslim, Dar al-Shahadah, reformasi Pendidikan Islam dan alternatif budaya diteliti berdasarkan elemen iman, amalan dan spiritual; pendekatan sumber Islam dan konteks semasa; pendidikan dan penyiaran, serta; tindakan dan penyertaan. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan maklumat dengan jelas dan terperinci. Dapatan kajian terhadap pemikiran yang mendominasi tokoh ini menunjukkan bahawa keperluan perubahan identiti generasi Muslim Eropah adalah sangat penting dibentuk atas asas akidah dan kerohanian yang mantap, membuka persefahaman melalui nilai universal dan perubahan agama berdasarkan ruang ijtihad dan konteks semasa secara proaktif dan dinamik supaya konsep identiti Muslim difahami berdasarkan etika Islam sepenuhnya. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan mewujudkan individu Muslim yang baik, bertanggungjawab dan berdaya saing dalam aspek pembangunan sosial serta masyarakat Muslim yang boleh menyumbang kepada nilai positif dalam pendidikan, ekonomi dan kemajuan Eropah.,Master / Sarjana
Pages: 155
Call Number: D1056.2.M87.N646 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84735+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.