Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459160
Title: Perumian dan pentahkikan Tafsir Nur al-Ihsan juzuk satu hingga juzuk tiga al-Quran
Authors: Bahrum Faizan (P58432)
Supervisor: Haziyah Hussin
Keywords: Kajian Tafsir Nur al-Ihsan
Arabic alphabet - Transliteration.
Issue Date: 27-Jan-2014
Description: Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir Melayu yang pertama di Malaysia. Tafsir ini dihasilkan dengan gaya bahasa Melayu lama, dengan menggunakan tulisan Jawi sebelum sistem tulisan Jawi yang standard diperkenalkan. Penghasilannya bertujuan membantu masyarakat pada zaman tersebut memahami al-Quran, justeru pentafsirannya dilakukan secara ringkas tanpa menjelaskan sumber maklumat yang diambil. Keadaan ini menyebabkan berlaku kesukaran bagi generasi kini membaca teks jawi ini di samping menimbulkan kekeliruan terhadap keabsahan kandungannya. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti kaedah perumian dan pentahkikan yang sesuai diaplikasikan terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, merumi dan mentahkik teks tafsir serta menganalisis keabsahan kandungannya. Rekabentuk kajian ini ialah analisis kandungan. Data dikumpul dengan menggunakan analisis dokumen dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dan Kaedah Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Latin wajar digunakan secara bersama untuk perumian Tafsir Nur al-Ihsan. Kaedah pentahkikan edisi diplomasi pula sesuai diaplikasi bagi tafsir ini kerana ia menggabungkan metode al-ma'thur dan al-ra'y. Perumian dan pentahkikan ini menemui empat perkara. Pertama, kaedah pentafsiran yang dilakukan oleh pengarang adalah hampir sama dengan tafsiran yang terdapat di dalam Tafsir al-Jalalayn dan Tafsir al-Jamal kecuali perbincangan berkaitan aspek-aspek tasawuf yang diserapkan dengan elemen Tarekat Naqshabandiyyah Ahmadiyyah. Kedua, wujudnya sikap bersangka baik yang tinggi oleh pengarang kepada ulama tafsir yang menjadi rujukannya, khususnya dalam menukilkan hadis kerana beliau berpada dengan penjelasan riwayat yang dinyatakan dalam kitab tafsir berkenaan. Ketiga, kepakarannya dalam bidang fiqah terserlah berdasarkan pembahagian tajuk perbincangan tafsir kepada topik-topik fiqah. Keempat, hubungan yang terjalin antara pengarang Tafsir Nur al-Ihsan dengan masyarakat setempat begitu baik kerana wujudnya pelbagai pengaruh bahasa dan dialek di dalam tafsirnya. Implikasi kajian menunjukkan keilmuan Muhammad Said bin Umar dalam tafsir ini didominasi oleh ilmu fiqah dan akhlak. Justeru itu, beliau didapati mengambil maklumat tanpa mengambil kira aspek kesahihan hadis.,Master / Sarjana
Pages: 363
Call Number: PJ6123.B336 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84601+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.