Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459148
Title: Perbandingan frasa kata kerja idiomatik bahasa Arab dan bahasa Inggeris
Authors: Nik Mohammad Hasif Mat (P56894)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Arabic language-Idioms
Issue Date: 11-Nov-2013
Description: Sebagai salah satu instrumen bahasa, frasa kata kerja idiomatik (FKKI) yang diungkapkan menyentuh perkembangan sosial, kebudayaan dan bahasa pertama menimbulkan persoalan penting yang berkait dengan ketepatan mesej apabila ia digunakan dalam bahasa kedua. Ini disebabkan perbezaan sistem perbentukan FKKI tersebut dalam pelbagai bahasa, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang menjadi perbahasan utama kajian ini. Persoalan ketepatan mesej tersebut boleh dikaitkan dengan pelbagai bidang seperti pendidikan, perkamusan, kewartawanan dan penterjemahan. Kajian ini bertujuan untuk mencari persamaan dan perbezaan FKKI bahasa Arab dan bahasa Inggeris berdasarkan komponen-komponen linguistik yang terpilih. Metode kajian ini adalah analisis perbandingan FKKI Arab dan Inggeris dan analisis perbandingan secara aplikasi dalam kewartawanan. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 60 sampel FKKI daripada akhbar atas talian yang terpilih, iaitu BBC dan Al-Jazeera. Sampel-sampel tersebut diklasifikasikan mengikut tiga komponen utama iaitu partikel, pola sintaksis serta kesatuan semantik dengan bantuan kamus seperti Oxford Advanced Leaner's Dictionary, A Dictionary of Modern Written Arabic and Dictionary of Theoretical Lingusitcs English-Arabic. Menyentuh asas-asas persamaan dan perbezaan FKKI Arab dan Inggeris, kajian ini mendapati bahawa kedua-duanya berkait dengan persamaan dalam pergantungan idiom dan terkeluarnya FKKI dari definisi frasa yang diperkenalkan dalam kamus Dictionary of Theoretical Linguistics English-Arabic. Hasil kajian menunjukan persampelan kajian terhadap FKKI bahasa Arab dan Inggeris dalam akhbar atas talian, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dari sudut makna dan peranan partikel, ketransitifan atau ketaktransitifan kata kerja berdasarkan pola sintaksis, serta tahap kesatuan semantik; di mana bahasa Inggeris menunjukkan nilai idiomatik yang jauh lebih tinggi berbanding bahasa Arab. Pemahaman terhadap ciri-ciri FKKI bagi keduadua bahasa tersebut membantu dalam memahami FKKI dengan lebih baik, sama ada sebagai sebahagian pendekatan pembelajaran atau penterjemahan.,Master / Sarjana
Pages: 141
Call Number: PJ6167.N535 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84559+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.