Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459135
Title: Aplikasi usul istinbat huruf al-jarr melalui beberapa permasalahan fiqh
Authors: Abdul Rahim Mohd Din (P77150)
Supervisor: Ahmad Dahlan Salleh, Dr.
Keywords: Huruf al-jarr
Istinbat
Fiqh
Teks syarak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Aug-2016
Description: Para fuqaha' mempunyai usul dan manhaj yang berbeza dalam istinbat hukum fiqh. Para fuqaha' berbeza pandangan dalam menentukan makna sesuatu huruf al-jarr ketika melakukan istinbat hukum fiqh berkaitan dengan huruf al-jarr yang terdapat di dalam teks syarak. Perbezaan penilaian fuqaha' tersebut adalah merujuk kepada usul dan manhaj setiap mazhab masing-masing. Kajian berkaitan pengaruh huruf al-jarr terhadap hukum fiqh telah dibincangkan di dalam kitab-kitab fiqh, namun kajian berkaitan kaedah usul yang mendasari huruf al-jarr masih belum dikaji. Oleh itu, kajian yang khusus berkaitan usul istinbat fuqaha' terhadap huruf al-jarr penting kerana pengetahuan terhadap manhaj dan usul fuqaha' di dalam mengistinbat hukum adalah asas yang penting ketika berinteraksi dengan permasalahan khilaf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi hukum fiqh berdasarkan usul istinbat daripada huruf al-jarr. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengkaji turuq istinbat fuqaha' terhadap huruf al-jarr ketika melakukan proses istinbat hukum berkaitan huruf al-jarr. Kajian ini secara dasarnya menggunakan kaedah kualitatif melalui kutipan data dan analisis kandungan. Dalam menganalisis data yang diperolehi terdapat dua bentuk yang digunakan iaitu pendekatan deskriptif dan pendekatan perbandingan. Hasil kajian mendapati perbezaan fuqaha' di dalam mengistinbat adalah kerana perbezaan menerima sesuatu makna huruf berdasarkan pemilihan ahli lughah terhadap sesuatu makna huruf seperti perbezaan Ibn Jinniy dan al-Asmaciyy menerima huruf al-ba' sebagai al-tabcid. Selain itu perbezaan pada penerimaan sesebuah hadis dari sudut status kesahihan hadis, perbezaan pada penerimaan hadis ahad ketika berlaku pertembungan dengan usul mazhab masing-masing, perbezaan pada pentakwilan makna hadis dan lain-lain lagi menjadi qarinah yang menyokong makna sesuatu huruf di dalam teks syarak ketika melakukan istinbat. Kajian ini penting bagi memahami manhaj setiap fuqaha' ketika berinteraksi dengan permasalahan khilaf ketika melakukan proses istinbat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 178
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84464+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
888.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.