Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459132
Title: | Pola amalan pengajaran guru pendidikan Islam prasekolah berteraskan konsep mudarris di Putrajaya |
Authors: | Asmaniza Mamat (P68720) |
Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. |
Keywords: | Guru Pendidikan Islam Prasekolah Konsep mudarris Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Aug-2016 |
Description: | Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan generasi akan datang. Cabaran melahirkan modal insan yang mantap akidah dan ibadah serta memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi telah bermula dari seawal usia. Justeru, guru Pendidikan Islam prasekolah dilihat sebagai agen pelaksana utama yang memikul tanggungjawab dan amanah yang besar selaku pengajar atau mudarris. Namun begitu, kajian terdahulu mendapati tahap pengajaran guru Pendidikan Islam masih sederhana, tidak kreatif dan kurang berkesan. Objektif kajian ini ialah meneroka kefahaman guru terhadap konsep mudarris dari aspek ciri peribadi guru dan pelaksanaan pengajaran. Kajian ini juga memfokuskan kepada amalan pengajaran mereka serta mencungkil masalah yang dihadapi oleh guru. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini melibatkan seramai tiga orang guru Pendidikan Islam prasekolah di Putrajaya yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian mendapati para peserta kajian mempunyai kefahaman yang jelas dan tepat terhadap konsep mudarris yang merangkumi ciri peribadi guru dan pelaksanaan pengajaran. Peserta kajian juga mempunyai amalan pengajaran yang menepati konsep mudarris iaitu mempunyai perancangan pengajaran yang jelas, perkembangan pengajaran yang melibatkan rutin sebelum pengajaran dan melaksanakan set induksi yang mendorong kanak-kanak untuk belajar. Perkembangan pengajaran guru pula melibatkan aspek penting konsep mudarris iaitu kepelbagaian kaedah pengajaran, interaksi dan komunikasi yang berkesan, mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif bagi murid serta penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman guru yang jelas terhadap konsep mudarris amat penting dan pelaksanaan amalan pengajaran guru berteraskan konsep mudarris akan menghasilkan pengajaran yang berkualiti, berkesan dan bermakna.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 194 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84461+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 474.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.